Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 16, 2023 @ 7:30pm

Buat Kejutan Sempena Hari Jadi & Beri Hadiah Gelang Tangan Mewah, Hubungan Baik Adira Suhaimi & Madu Dipuji Netizen

Penyanyi, Adira Suhaimi, 32, dilihat membuat kejutan sempena ulang tahun kelahiran madunya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim atau lebih dikenali dengan panggilan Datin Red.

Menerusi perkongsian video di Instagram milik penyanyi itu, Adira mengunjungi kediaman Datin Red dengan membawa jambangan bunga beserta kek sempena hari lahir madunya.

Bukan itu sahaja, pelantun lagu Ombak Rindu itu tidak ketinggalan memberikan hadiah berupa gelang tangan berjenama antarabangsa popular, Swarovski.

“Selamat hariulang tahun kakak sayang. Tak tahu nak cakap apa tapi Alhamdulillah datang sehari awal, sebab esok takut tak sempat singgah,” katanya.

 

Dalam pada itu, Datin Red menerusi hantaran di Instagramnya juga menzahirkan rasa terima kasih atas segala kebaikkan yang diberikan oleh Adira terhadapnya selama ini.

“Speechless, tiba-tiba kata nak datang rumah.. tiba-tiba kata on the way, sebenarnya harini aku burnout giler.. tiba-tiba Allah hantarkan aku orang yang baik-baik.

“Terima kasih sudah bersabar menjadi adik ku.  Maafkan lah kakak mu ini yang banyak kekurangan @adira.suhaimi terima kasih tak tahu nak balas macam mana kebaikan awak ,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah, keakraban yang terjalin diantara kedua-duanya menyentuh hati ramai pihak.

Bahkan, Datin Red kelihatan sempat mengalirkan air mata atas kehadiran penyanyi itu pada hari ulang tahunnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syarifah Nor Shafila (@datin_red)

 

Sekadar info, Adira melangsungkan perkahwinan bersama Datuk Red pada 3 Disember 2015  di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini telah dikurniakan dengan empat orang cahaya mata selain, lima lagi cahaya mata hasil perkahwinannya bersama Datin Red.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Aug 2023

Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Pernikahan?

Alamak, kenapa dengan lovebirds ni?

Hiburan Fri, 18 Apr 2025
Featured Sat, 24 Aug 2024

Video Dapat Banyak Reaksi Netizen… Ada Beri Semangat, Ada Yang Cadangkan Zarina Zainuddin Ambil Ira Kazar Jadi Menantu?

Opsss! Tapi mesra betulkan siap cium pipi, peluk ketat-ketat. Bagus juga cadangan netizen tu!😍

Trending Wed, 12 Jan 2022

Rebut Peluang Jadi Penyampai Radio Fly FM Menerusi Flydol 2022!

Menanam impian dan cita-cita untuk bergelar penyampai radio di stesen Fly FM? Apa lagi, rebut peluang anda dengan menyertai Flydol 2022! Rakam aksi menarik anda sebagai penyampai radio menerusi ‘duet challenge’ Flydol 2022 dalam masa […]

Featured Thu, 20 Oct 2022
Hiburan Thu, 4 Jul 2019
Hiburan Sun, 27 Oct 2024
Featured Thu, 8 Dec 2022

[VIDEO] Netizen Berdekah Memey Duduk Mengejut Atas Norman Hakim – “Dia Main Henyak Je.. Sampai Juling Mata”

Perghhhh, terus duduk tak bagi salam ek 🤣 Min saje ulang banyak kali biar abg Norman kita sakit 🤪🤪🤪🤪 Sayang bini kan hihiii

error: Content is protected !!