Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 18, 2025 @ 5:59pm

2 Tahun Bayaran Kena ‘Sidai’,  Syafie Naswip Pernah ‘Ugut’ Syarikat Produksi – “Saya Cuma Tuntut Hak”

Pelakon, Syafie Naswip, berkongsi pengalaman pahit yang pernah dilaluinya ketika mula menapak dalam industri seni lebih sedekad lalu antaranya melibatkan isu bayaran yang tertangguh hampir dua tahun.

Ketika ditemui XTRA, pelakon berusia 32 tahun yang bernama penuh Muhammad Syafie Naswip ini berkata, insiden tersebut memberi pengajaran besar buatnya agar lebih berhati-hati, terutama dalam meneliti setiap butiran kontrak sebelum bersetuju untuk berlakon.

“Paling lama saya pernah kena tunggu bayaran selama dua tahun. Masa tu saya cakap kalau tak bayar juga, saya akan buat laporan polis barulah mereka bayar.

“Tapi itu cerita lama, masa saya masih muda dan sebelum filem Songlap ditayangkan pada tahun 2011. Selepas kena macam tu, saya belajar. Sekarang, saya akan baca semua kontrak dari awal sampai habis,” katanya.

Syafie berkongsi perkara tersebut ketika hadir ke tayangan perdana filem Mantera yang berlangsung di The Starling Mall, Damansara, pada Khamis.

Walaupun pernah dikecewakan, pelakon filem Mukhsin ini menegaskan dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap pihak produksi terlibat. Malah, menurutnya, hubungan mereka masih baik dan tetap bertegur sapa apabila bertemu.

“Saya cuma tuntut apa yang sepatutnya jadi hak saya, seperti yang tertera dalam kontrak. Kalau tak mampu nak bayar, beritahulah dari awal. Jangan mendiamkan diri sampai berbulan-bulan.

“Kami tak pernah bergaduh pun, kalau terserempak, masih boleh tegur seperti biasa,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 14 Jun 2025

Konsert Hael Husaini & Repertoire Tampil 4 Artis Ternama Tanah Air

Hael Husaini tampil dengan konsert sulungnya tidak lama lagi.

Featured Thu, 3 Nov 2022
Trending Mon, 12 Jul 2021
Hiburan Mon, 23 Sep 2019

Zen俊倩首创作单曲献已逝挚友!过度感触录音被迫中断

Zen俊倩首推创作单曲《早一点知道》作品献已逝挚友,过度感触录音被迫中断!

Featured Sat, 4 Feb 2023
Hiburan Mon, 4 Jun 2018

Cukup Sampai Di Sini, Zahirah MacWilson Tak Mahu Lagi Kontroversi

Zahirah juga ingin memohon maaf daripada Zul atas salah dan silap saya ketika mereka masih bersama…

Hiburan Sun, 30 Jun 2019

Halil Chik Meninggal Dunia

Al-Fatihah…semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Hiburan Tue, 21 Apr 2026

Dikritik ‘Himpit’ Siti Nurhaliza, Irene Catalina Fokus Beri Persembahan Terbaik – “Saya Bersyukur Dapat Kongsi Pentas Dengan Biduanita Negara”

Irene Catalina tenang apabila dikritik ‘menghimpit’ Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Hiburan Thu, 24 May 2018

“Beauty Is Pain”- Sajat

Episod kali ini kami akan membawa penonton untuk mengetahui rahsia disebalik bentuk badan Sajat yang menggoda. Wah! mesti penonton semua nak tahu kan agaknya bagaimana lah Sajat menjaga penampilan beliau agar sentiasa kelihatan seksi kan? 

error: Content is protected !!