Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie April 27, 2020 @ 11:11am

Terlontar di Serada, Nysakapas bangkit mula langkah baru!

Dilahir dan membesar sebagai anak jati Kuala Lumpur membuatkan Haniza Hisyam, 36,  sama sekali tidak pernah terfikir bahawa hidupnya akan berakhir di sebuah kampung kecil yang jauh dari hikuk-pikuk kota.

Semuanya umpama mimpi setelah beliau berkahwin dan mengikut suami bermastautin di Kampung Serada, Kuala Terangganu, sejak 10 tahun lalu.

Bukan berasa terasing atau terpisah dengan kehidupan di kota, sebaliknya bagi pemilik jenama Nysakapas itu, beliau mula melihat keindahan dan keistimewaan yang dimiliki oleh ‘orang kampung’ yang selama ini tidak pernah diketahuinya.

Haniza memakai baju kurung moden menggunakan kain batik terap daripada koleksi Maya oleh Nysakapas. Foto: Instagran @nysakapas.

Haniza berkata, setelah meletakkan jawatan di sebuah firma arkitek tersohor di ibu kota kira-kira 10 tahun lalu, beliau mula tercari-cari apakah yang boleh dilakukan bagi mengisi masa lapang.

“Ada rakan mencadangkan supaya bercuti di Terengganu. Rupa-rupanya di situ bermula kehidupan saya kerana saya bertemu jodoh dengan suami, menetap di Kampung Serada dan memulakan label Nysakapas .

“Segala-galanya baharu bagi saya kerana penduduk di situ ramai yang mengusahakan batik dan tidak mudah bagi saya untuk memecah jurang sebagai orang luar dengan orang kampung,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Nysakapas juga turut menawarkan koleksi baju kurung untuk kanak-kanak. Foto: Ihsan Nysakapas.

Mengimbas semula bagaimana bermula label batik terap, Nysakapas, yang diusahakannya, Haniza akui pada asalnya beliau menjual batik dari Indonesia kerana tidak tahu bagaimana mendapatkan produk tempatan.

Begitu pun, beliau akhirnya terpaksa mencari batik tempatan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang berminat dengan batik garut dari Indonesia itu, namun tidak semudah dijangka.

“Saya tiada pilihan, permintaan semakin banyak. Apa yang saya terfikir pada ketika itu ialah mengeluarkan sendiri batik walaupun langsung tidak mempunyai pengalaman membuat batik.

“Pengalaman bekerja di firma arkitek tidak sama, tetapi ada kebaikannya kerana saya boleh mencipta corak atau rekaan yang dikehendaki,” katanya.

Haniza menghasilkan sendiri corak batik terap yang ingin dikeluarkan oleh Nysakapas. Foto: Ihsan Haniza Hisham.

Haniza banyak belajar daripada peniaga dan pengusaha tempatan, keluar masuk kedai batik dan tidak berhenti bertanya serta mengenepikan perasaan malu kerana ingin belajar mengenai batik terap yang diminatinya.

Sejak itu, Haniza tidak berpaling ke belakang lagi dan menganggap Kampung Serada adalah tempat terbaik untuk didiami.

“Antara perkara terbaik yang berlaku di dalam hidup saya ialah menetap di Serada dan membuat batik kerana sebelum ini saya tidak pernah mengetahui mengenai susur galur di sebelah ibu saya yang juga pembuat batik di Solo, Indonesia.

“Selain itu, saya tidak akan berjaya mengusahakan Nysakapas tanpa bantuan orang kampung, mereka tidak pernah berkata ‘tidak boleh’ dan sentiasa bersedia membantu selain mempunyai pengetahuan yang sangat mengagumkan dalam bidang ini,” katanya mengakiri perbualan.

Selaian pakaian, Nsakapas juga menawarkan beg untuk penggemar batik terap. Foto: Instagram @nysakapas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 7 Dec 2022

Enam Kategori Untuk Undian Anugerah Drama Sangat 2023 Kini Bermula! 

Anugerah Drama Sangat 2023 kini kembali! Jangan lepaskan peluang undi drama-drama terbaik pilihan hati korang ❤️

Featured Thu, 27 Oct 2022

[VIDEO] “Mirul Bg Tanda SOS Tu” – Mata Berkelip Laju, Gelagat Suami Ain Edruce Cuit Hati Ramai!

Sukanya min tengok pasangan bahagia ni! Terhibur tengok gelagat suami Ain Edruce, laju kelip mata tu.. Minta tolong ke? 🤣

Featured Tue, 21 Mar 2023
Featured Tue, 2 Dec 2025

Mimi Fly Respons Isu Penarikan MV Dolla – “Apa Yang Berlaku Mematangkan Diri”

Kata Mimi, insiden itu sebenarnya membuka ruang untuk semua pihak menjadi lebih matang dan sensitif dalam berkarya.

Featured Wed, 19 Jun 2024

Video Shopping Abaya Tular, Netizen Siap Komen Baby Bump Siti Hajaar Dah Makin Besar?

Wal, tahniah! Patut Hajaar makin comel dan berseri-seri❤️🥰

Featured Tue, 14 Sep 2021
error: Content is protected !!