Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 2, 2025 @ 12:16pm

Mimi Fly Respons Isu Penarikan MV Dolla – “Apa Yang Berlaku Mematangkan Diri”

“Jika buat lagu dalam bahasa lain mungkin tak mengapa tetapi sebab guna bahasa kita”.

Demikian respons penyanyi berbakat, Mimi Fly ketika ditanya mengenai isu penarikan semula muzik video Kumpulan Dolla baru-baru ini.

Kata Mimi, insiden itu sebenarnya membuka ruang untuk semua pihak menjadi lebih matang dan sensitif dalam berkarya, terutama apabila menggunakan bahasa Melayu sebagai medium perantaraan utama.

“Jika buat lagu dalam bahasa lain mungkin tak mengapa tetapi sebab guna bahasa kita.

“Sesetengah orang berpendapat biarlah mereka nak buat hal sendiri, tapi kita kena sedar kita menyanyi dalam Bahasa Melayu.

“Namun, apa yang berlaku sebenarnya boleh mematangkan diri,” katanya.

Mimi berkata demikian ketika ditemui usai pelancaran muzik video Temberang yang diadakan di Heritage Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengakui simpati dengan nasib yang menimpa kumpulan Mpop itu, Mimi atau nama lengkapnya, Shamimi Amalina Norisham, 39, berkata, dia juga turut berasa sedih apatah lagi dia sangat teruja apabila Dolla wujud dalam industri muzik tanah air.

“Bukan senang nak ada kumpulan seperti Dolla di negara kita.

“Saya harap selepas ini kerjaya mereka akan lebih cemerlang. Dan kita doakan yang baik-baik,” jelasnya.

Berkongsi lanjut mengenai tindakan pantas yang dibuatnya selepas muzik video Serumpun diturunkan sebelum ini gara-gara menimbulkan perdebatan dalam kalangan warganet, Mimi menjelaskan, dia beruntung kerana memiliki banyak baju sehinggakan boleh membuat rakaman semula.

“Selepas video itu menjadi pertikaian, saya minta pasukan produksi turunkan dan kita hasilkan versi sesuai untuk tontonan umum.

“Malah yang tak buat ibu bapa rasa meluat atau risaukan anak-anak mereka sebab tengok muzik video tu.

“Saya beruntung ada banyak baju, jadi boleh buat rakaman semula. Dalam masa sama, saya bersyukur melalui pengalaman itu.

“Saya banyak muhasabah diri. belajar dari pengalaman dan bila keluar dengan lagu baharu, saya dah boleh suarakan  pada pasukan glam saya apa yang saya mahukan. Hasilnya karya menjadi semakin kemas dan ada isi,” ujarnya.

Terdahulu, Universal Music Malaysia menurunkan video muzik single terbaharu artis naungannya, iaitu kumpulan Dolla berjudul Question yang dikritik tidak sesuai dan menimbulkan sensitiviti dalam kalangan penonton tempatan.

Universal Music Malaysia mengambil keputusan menurunkan video itu daripada semua platform digital sebagai langkah bertanggungjawab serta demi menjaga sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

Bahkan, keputusan itu dibuat selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyuarakan kebimbangan tentang pemakaian artis beragama Islam yang tidak selari dengan garis panduan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 15 Jan 2021

Kerajaan Diminta Sedia Moratorium Menyeluruh, Tumpu Kepada B40 M40 Setiap Sektor

Kita doakan semoga ekonomi negara masih boleh dipulihkan!

Eat Travel Tue, 6 Nov 2018

8 Jenis Makanan Kaum India Sempena Perayaan Deepavali

Anda wajib rasa semua kuih kaum India, memang sedap!

Featured Tue, 19 May 2026

Wak Doyok Dikecam Gelar Haroqs B*doh & Tak Handsome – “Dekat Dunia Sedap Kau Meny*lak Sedangkan Mereka…”

Rata-rata warganet tampil menegur tindakan Wak yang dilihat tidak sopan apabila mengelar Haroqs sebagai bodoh

Trending Sat, 28 Dec 2019

Gred Peperiksaan Di Korea, Markah 70 Dah Gagal?

Adakah ini diantara sebab kenapa mempunyai jumlah kes bunuh diri tertinggi di dunia?

Hiburan Fri, 6 Jun 2025

“Kalau Ada Rezeki, Saya Akan Umumkan” – Ernie Zakri Bakal Berduet Dengan Siti Nurhaliza?

Ernie Zakri pasang impian duet dengan Siti Nurhaliza dalam album Sahabat

error: Content is protected !!