Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari October 22, 2022 @ 7:46pm

“Dajal Sungguh Lelaki Macam Ini” – Kongsi Kisah Curang Kenalan, Dr Say Shazril Samakan Curang Dengan ‘Tabiat’!

Baru-baru ini, doktor selebriti, Dr Say Shazril memuat naik hantaran di Instagram miliknya menceritakan kisah curang yang berlaku dalam rumah tangga seorang kenalan ketika sedang berpantang.

Menerusi hantaran panjang itu, Dr Say tampil berkongsi kisah curang yang berlaku dalam rumah tangga kenalan isterinya itu dikatakan kantoi bermalam dengan perempuan lain ketika isterinya tengah bersalin di hospital dan telah bercerai ketika berada dalam pantang.

“Pagi tadi bini cerita ada kawannya baru bercerai dengan suaminya masa dia tengah 9 hari berpantang. Katanya, suaminya kantoi bermalam dengan perempuan lain masa isterinya tengah nak bersalin di hospital,” tulisnya.

Menurut Dr Say, perbuatan si suami itu terdedah apabila isterinya menemukan foto tidak senonoh suaminya bersama perempuan itu malah lelaki itu pernah curang sebelum ini dan diberikan peluang kedua oleh isteri.

“Bila check phone, jumpa gambar-gambar tak senonoh antara suami dan teman wanitanya itu. In fact, dua tahun lepas, suaminya sudah kantoi dengan wanita yang sama tapi isterinya bagi peluang kedua.

“Dajal sungguh laki sebegini. Baru ini jugak seorang lelaki yang saya pandang tinggi dan segani pun kantoi kacau junior doctors padahal ada anak bini dekat rumah. Yang itu pun end up bercerai,” luah Dr Say.

Sehubungan itu, Dr Say turut melontarkan pandangan peribadinya dengan menyatakan ‘once a cheater, always a cheater’ kerana telah menjadi tabiat seseorang itu namun dia tidak mahu bercakap besar kerana risau kata-katanya akan berbalik semula.

“Saya percaya yang manusia ini susah nak berubah. Kalau habit pengotor, pengotor lah dia. Kalau habit mencuri, pencuri lah dia. Same goes with a cheater, once a cheater will always be a cheater. Saya tak nak cakap besar takut satu hari memakan diri in which saya berharap moga dijauhkan tapi sedarlah manusia baik lelaki mahupun wanita akan fakta ini.

“Saya tahu zaman sekarang susah nak cari lelaki yang berkualiti tapi sanggupkah kalian risikokan diri untuk kecewa di kemudian hari? Maybe mereka yang curang ni berbuat sedemikian sebab they like the adrenaline rush/ the thrill of flirting/ rasa diingini ini,” katanya lagi.

Bukan itu sahaja, Dr Say juga menyatakan yang orang yang curang ini tidak memiliki kelebihan dari aspek kewangan mahupun rupa tetapi ayat-ayat manis yang ditabur dan dijanjikan.

Malah, dia turut berpendapat bahawa dia sedih melihat ibu tunggal membesarkan anak-anak sendirian tanpa kasih sayang seorang ayah.

“Kadang tengok cheater ni muka tak gah mana pun, poket tak tebal mana pun, gigi tak tersusun mana pun tapi ayat & janji manis dia fuhh bikin ramai terkulai. Jadi, kalau kalian sedang bercinta & partner korang kantoi curang sampai tahap physical intimacy/ sexting/ dianggap keterlaluan bagi threshold curang masing-masing.

“Nasihat saya tutup buku itu & carilah yang lain. Cukuplah tengok single moms membesarkan anak-anak seorang diri kat luar sana & anak membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Nak poligami up to you tapi kalau nak touch & go better SAY NO ya peeps,” pesannya lagi.

Dalam pada itu, Dr Say dilihat sempat mengutarakan soalan kepada umum dengan bertanyakan adakah seseorang yang curang itu boleh berubah.

“What say you? Ke korang rasa cheater boleh berubah? Open conversation please,” tanya Say Shazril.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Menjengah di ruangan komen, ramai pengikutnya di Instagram memberi pendapat masing-masing mengenai isu curang ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Mar 2024
Hiburan Tue, 2 Oct 2018

彩妆大师小凯「化身月老」首揭超完美底妆

带着全新彩妆品牌的小凯老师日前来马会粉丝!见面会上他不仅分享彩妆潮流和小诀窍,还现场「化身月老」逗趣地说:“趁着大家都在,今天我顺便结婚了!”

Trending Tue, 8 May 2018

Gunung Berapi Di Pulau Hawaii Meletus

Gunung Berapi Di Pulau Hawaii Meletus Ribuan Penduduk Diarahkan Berpindah

Eat Travel Sat, 18 Apr 2020

Adam Corrie kongsi resipi mi kicap wantan

Cuba sekali pasti nak lagi!

Featured Mon, 20 Nov 2023
Hiburan Mon, 8 Apr 2019

Hebat! Majlis Perkahwinan Pengasas Jamu Mall Dapat Tajaan RM500,000

Selamat Pengantin Baru kepada Siti & Syafiq, semoga kalian berbahagia hingga ke Jannah!

Hiburan Mon, 4 Aug 2025

Tuduhan R*gol Jejaskan Emosi Anak Perempuan Ebit Lew, Menangis Lepas Baca Berita Di Internet

Ebit Lew dedah anak perempuan baca tajuk artikel terpalit kes rogol

error: Content is protected !!