Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 10, 2023 @ 11:20am

Krisis Perkahwinan Bakal Dinoktahkan, Syamsul Yusof Setuju Cerai Puteri Sarah 18 April Ini

Krisis perkahwinan Syamsul Yusof, 39, dan Puteri Sarah Liyana, 38, bakal dinoktahkan selepas pengarah sensasi itu setuju melafazkan talak terhadap isteri pertamanya pada 18 April depan.

Peguam syarie mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir mengesahkan perkara terbabit selepas prosiding sebutan kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur, pagi tadi.

“Pihak Puteri Sarah dan pihak Syamsul sudah menyelesaikan masalah rumah tangga mereka secara aman dan baik. Jadi kita akan datang minggu depan untuk mengesahkan penjanjian itu dan lafaz cerai.

“Tarikh baharu adalah 18 April depan, untuk mencari persepakatan mengenai terma-terma yang sudah pun dibincangkan. Pada hari itu, kita akan rekod di Mahkmah Rendah dan Mahkamah Tinggi kerana membabitkan anak-anak. Anak-anak adalah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

“Selepas lafaz cerai, kita akan rekod keMahkamah Tinggi untuk rekod berkenaan isu hadanah dan selepas itu kita akan jadikan perintah mahkamah,” katanya kepada XTRA.

Ditanya mengenai proses JKP, Akberdin berkata semuanya sudah diselesaikan kerana kedua-dua pihak sudah menyatakan persetujuan untuk memuktamadkan tarikh penceraian.

“Pada tarikh akan datang, Syamsul akan lafazkan cerai kerana sudah ada persetujuan,” katanya.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof hadir ditemani peguam syarie yang mewakilinya, Azmi Mohd Rais.

Terdahulu, media melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), di sini, pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.

Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.

Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 19 Aug 2019

WKNDFEST is Cancelled?!

Rumours have said that WKDNFEST is cancelled! What?! No way!

Hiburan Thu, 26 Jun 2025

Athisha Khan Dipuji Bijak, Berhemah… Netizen Bandingkan Dengan Ameera Khan

Keperibadian Athisha Khan dibandingkan dengan Ameera Khan

Featured Fri, 23 Dec 2022

Syamsul Yusof Nak Saman JAWI RM10 Juta, Puteri Sarah Desak Minta Jujur – “Kebenaran Akan Terbongkar!”

‘Benda macam ni tiberrr nak muncul. Benda baik umumkan dari timbul fitnah’ – Puteri Sarah Liyana

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Hiburan Thu, 9 Feb 2023
Featured Wed, 19 Jun 2024

Terima Ratusan Komen Berbaur Makian Setiap Hari, Ibu Aliff Aziz Sifatkan Netizen Seperti Lembu Dicucuk Hidung

Peribahasa ‘Seperti Lembu Dicucuk Hidung’ bermaksud: Orang yang mengikut sahaja kehendak orang lain.

Hiburan Wed, 6 Nov 2019

陶喆&信 回馈广大歌迷!不计唱酬敲定1124槟城办粉丝见面会

「音乐教父」 陶喆及「摇滚巨人」信,两人信守他们对歌迷的承诺,确定于11月24日在槟城ASPEN Vision City的VTEC贸易展览中心举办粉丝见面会,两人不但不收任何唱酬,且全场入场免费。

Featured Wed, 14 Aug 2024

Foto Mesra Berpelukan Pelakon Lelaki Popular Tular, Siap Hantar Mesej ‘I Miss You’, ‘Baby’… Individu Wanita Dakwa Kena Tipu?

Siapakah agaknya gerangan pelakon lelaki popular yang namanya semakin meningkat naik tu👀🧐

Trending Thu, 3 May 2018

Maut Ketika Tonton Filem Avengers: Infinity War

Tambah pegawai polis Proddatur, India, mangsa yang dikenali sebagai Peddapasupula Baasha, 43, memutuskan untuk menonton filem garapan adik-beradik Russo itu sempena meraikan Hari Buruh pada 1 Mei lalu.

error: Content is protected !!