Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari July 3, 2023 @ 4:01pm

Selepas Bergelar Suami, MK Pilih Jaga Batas & Berhati-Hati Dalam Lakonan – “Saya Tak Akan Sewenangnya Langgar Had”

Penyanyi rap dan pelakon, MK K-Clique memberitahu bahawa dia akan lebih berjaga-jaga dan menjaga batas dalam lakonan kerana sudah bergelar suami.

Memetik laporan Utusan Malaysia, MK yang juga anggota kumpulan K-Clique itu menyatakan dia perlu mengehadkan batas dalam lakonan kerana sudah berumah tangga malah dia tidak akan melanggar batas yang telah ditetapkan.

“Bahkan dalam lakonan itu sendiri, tidak semudah itu untuk seorang pelakon melangkaui batas.

“Saya tahu perkara yang perlu saya jaga dan tidak akan sewenang-wenangnya melanggar had sebagai seorang suami. Jadi, semestinya saya akan jaga perkara itu,” jelasnya.

Untuk rekod, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan telah menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan hatinya iaitu Siti Hajaar Syeikh Nordin pada 16 Jun lalu.

Artikel Berkaitan: MK K-Clique Sah Bergelar Suami Siti Hajaar

Artikel Berkaitan: Saham Makin Naik Lepas Tengok Cara MK K-Clique Layan Isteri, Netizen Komen: “Dulu Tak Minat Pun, Bila Dah Kahwin Ni Nampak…”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hanya Berjubah Ketika Bulan Madu, Penampilan Isteri MK K-Clique Raih Pujian Netizen

Sumber: Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Mon, 16 Oct 2023
Hiburan Tue, 1 Jan 2019

‘2019, Please Be Nice To Me’ Elyana Mohon Kekuatan Sempena Tahun Baru

Elyana menerusi status sama turut mengingatkan dirinya agar menjadi insan yang kuat fizikal dan mental dalam mengharungi cabaran hidup termasuk penyakit dihadapinya.

Hiburan Mon, 17 Dec 2018

Wow! BTS Datang Malaysia

BTS bakal melangsungkan konsert sulung mereka di Malaysia dalam masa yang terdekat

Trending Wed, 28 Sep 2022

Enggan Ulas Kenyataan Nazrey Johani, Raihan Dah Move On

Anggota kumpulan Raihan Che Amran Idris enggan memberi ulasan berkaitan kenyataan bekas anggotanya, Nazrey Johani untuk tidak mengeruhkan keadaan Menurut Che Amran, dia tidak mahu perkara ini disensasikan oleh mana-mana pihak, malah kumpulan nasyid itu […]

Events Tue, 27 May 2025

“Sebenarnya Bukan Saya Seronok Bercerai, Ayat Itu Keluar Secara Spontan” – Nora Ariffin

Nora menafikan kenyataan tersebut yang dianggapnya sebagai spontan.

error: Content is protected !!