Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin May 27, 2025 @ 4:31pm

“Sebenarnya Bukan Saya Seronok Bercerai, Ayat Itu Keluar Secara Spontan” – Nora Ariffin

Penyanyi popular, Datuk Nora Ariffin menjelaskan kenyataannya sebelum ini usai prosiding perbicaraan kes cerainya bersama suami, Dr Rushdi Ramli telah disalah ertikan.

Kata Nora, dia terkejut apabila suaminya itu menolak permohonan cerai yang telah difailkannya pada 19 Mac lalu dek kerana pada ketika itu dia telahpun bersedia untuk diceraikan.

“Saya tahu saya tak sepatutnya berkata sedemikian. Bila dia (suami) tolak permohonan untuk bercerai, saya terkejut.

“Itu sebenarnya bukan saya seronok. Bila wartawan interview ketika itu, ayat itu terkeluar secara spontan.

“Sebenarnya saya sudah bersedia 70 peratus untuk dilepaskan sebelum perbicaraan itu bermula,” katanya.

Perkara itu dikongsi Nora atau nama penuhnya, Wan Norafizah Ariffin, 52, ketika ditemui usai  Pelancaran Muzik Video lagu anaknya Putri Dahlia berjudul ‘Aku Ada’ kolaborasi bersama penyanyi Zaki Yamani yang di adakan di IOI Mall, Puchong baru-baru ini.

Mengulas lanjut, pelantun lagu Di Persimpangan Dilema ini mengakudia kini menjalani kehidupannya seperti biasa sementara menunggu prosiding kedua kes perceraiannya.

“Saya tak serabut sebab tahu apa akan jadi, tunggu tarikh sahaja.

“Dan, saya juga  tidak akan menarik balik fail perceraian itu jadi tunggu saja tarikh dan langkah seterusnya,” jelasnya.

Terdahulu, Nora mengejutkan ramai pihak selepas hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 21 April lalu bagi memfailkan permohonan cerai.

Sebelum pernikahan kali keduanya, Nora kehilangan suami tercinta iaitu komposer Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.

Pada Disember 2021, Nora menerusi hantaran di media sosialnya mengesahkan dia sudah bergelar isteri kepada Dr Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya (UM).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Mar 2019
Hiburan Tue, 14 Apr 2026

Afieq Shazwan Akui Takut Kahwin, Trauma Lihat Perceraian Depan Mata – “Wanita Mengongkong & Tak Faham Kerjaya Saya Itu ‘Red Flag’”

Afieq menegaskan perasaan itu tidak sampai membuatkan dia menolak jodoh, sebaliknya tetap menyimpan hasrat untuk membina keluarga

Hiburan Sun, 19 May 2019

Shima Anuar Tayang Bilik Bakal Anak , Cantik Kan?

Beruntung Sophea & bakal adiknya nanti!

Featured Mon, 11 Apr 2022
Hiburan Sat, 24 Aug 2019

Cantiknya Foto ‘Maternity Shoot’ Azrinaz Mazhar Hakim!

Selain memuji gaya Azrinaz dalam entri berkenaan, rata-rata turut mendoakan agar proses bersalinnya nanti dipermudahkan.

Trending Tue, 10 Apr 2018

Pilihan Raya Umum Jatuh Pada 9 Mei Ini!

Pengumuman ini telah diumumkan oleh Tan Sri, Mohd Hashim Abdullah, Pengerusi Suruhanjaya Pilhan Raya Malaysia sebentar tadi

Events Sat, 24 Feb 2018

DFKL 2018 INI BAKAT YANG KAMI CARI!

Menurut pelakon dan pengarah terkenal yang juga merupakan Juri Kreatif pada siri jelajah DFKL2018 di Johor Bahru ini, Sheila Rusly atau lebih gemar dipanggil Sis, berharap mahu melihat peserta yang hadir untuk diujibakat datang dengan persiapan dan idea yang baru serta bernas

error: Content is protected !!