Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain July 18, 2023 @ 6:05pm

Hanya Ingin Hargai Peminat, Judika Jawab Tentang Gimik Posting Di Instagram – “Tidak Ada Niat Saya Untuk Hilang”

Penyanyi tersohor Indonesia Judika tampil menjawab desas-desus tentang pengunduran dirinya dari industri muzik susulan perkongsiannya di Instagram, baru-baru ini.

Terdahulu, Judika telah mengundang kebimbangan dalam kalangan peminat selepas dirinya memadam gambar profil Instagram dan meninggalkan satu hantaran yang berupa ucapan apresiasi buat pengikutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Terima Kasih Telah Mendukung Saya” – Akaun Instagram Tinggal Satu Gambar, DP Lenyap… Ada Apa Dengan Judika?

Menurut Judika, perkongsian tersebut sedikit sebanyak mempunyai kaitan dengan konsertnya yang bakal berlangsung di Malaysia pada 21 Oktober ini.

Di samping ingin mewar-warkan tentang konsert tersebut, pihak pengurusannya turut memuat naik perkongsian itu sebagai tanda penghargaan buat peminatnya.

“Sejujurnya saya tak pernah ada konsert seperti ini. Jadi team saya mencari cara untuk meraih perhatian peminat supaya mereka tahu yang saya akan membuat konsert pertama kali di Malaysia dan jelajah di Asia.

“Bila mereka mencadangkan untuk memuat naik hantaran tersebut saya pun bersetuju kerana saya tak pernah buat begitu. Tapi, saya pun terkejut apabila mereka ingat saya ingin mengundurkan diri dari industri muzik.

“Ramai juga rakan-rakan saya yang bertanya tentang itu. Tapi saya jelaskan bahawa saya hanya ingin memaklumkan dengan cara yang istimewa sahaja supaya mesejnya sampai kepada seluruh peminat,” katanya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Judika ketika ditemui di majlis sidang media Rockmantic Night Judika and The Gang yang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur, semalam.

Tambah Judika, dia bukan seorang yang suka membuat gimik, prank atau pun mencari publisiti murahan seperti itu.

Namun, pelantun lagu Putus Atau Terus itu juga menyatakan rasa terharunya selepas menyedari ramai yang masih menyokong dan menghargai karya-karyanya.

“Kapsyen itu yang buat orang salah sangka. Tapi saya sudah pun meminta maaf kepada mereka. Lagi pun prank prank ini bukan cara saya.

“Tidak ada niat saya untuk hilang. Kalau saya hilang saya bagitahu. Jujur sahaja, pada awalnya saya rasa ini bukan saya. Tapi saya terkejut dan terharu apabila ramai yang sayang saya selepas membaca komen yang diterima.

“Dari kejadian ini, saya sedar ramai yang suka dengan karya-karya saya. Sampai ada yang menangis dan menghantar mesej untuk saya tidak pergi dari industri ini. Terima kasih kepada semuanya yang selalu menyokong saya,” jelasnya.

Untuk makluman, Judika bakal mengadakan konsert Rockmantic Night Judika & the Gang di Axiata Arena, pada 21 Oktober ini.

Konsert tersebut juga bakal menampilkan barisan penyanyi hebat tanah air seperti Marsha Milan, Shila Amzah dan Haqeem Rusli.

Orang ramai juga sudah boleh membeli tiket dengan harga serendah RM188 sehingga RM799 menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my/judika, pada 17 Julai, semalam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Feb 2026

Tak Mahu Bertindak Ikut Emosi, Mia Sara Ada Sebab Lambat Pertahankan Diri Konflik Dengan Puteri Balqis

Mia memberi bayangan dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut sekiranya namanya terus diburukkan.

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

创作精灵白安《1990s》马来西亚宣传

相隔好一段时间没来马来西亚宣传的白安终于带着她的第三张创作专辑《1990s》来马宣传啦!

Featured Wed, 28 Sep 2022
Hiburan Tue, 12 Nov 2024
Sponsored Sat, 2 Sep 2023

foodpanda Rai TikTok Awards MY 2023 Dengan Lebih 4,000 Pilihan Makanan di panda pick!

Pada 27 Ogos lalu, telah berlangsungnya acara gilang gemilang TikTok Awards Malaysia 2023 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur. Bertemakan “Yang Gah di Skrin Kecil”, TikTok Awards Malaysia […]

Filem Tue, 9 Jun 2026

Demam Polong Masih Membara, Raih RM12 Juta Dalam 11 Hari

Filem seram tempatan Polong terus mencipta fenomena apabila berjaya mencatat kutipan RM12 juta menerusi tayangan awal dan 11 hari tayangan rasmi di pawagam seluruh negara.

Hiburan Sat, 31 May 2025
error: Content is protected !!