Euforia Bola 2026
Filem By: Padin June 9, 2026 @ 7:40pm

Demam Polong Masih Membara, Raih RM12 Juta Dalam 11 Hari

Filem seram tempatan Polong terus mencipta fenomena apabila berjaya mencatat kutipan RM12 juta menerusi tayangan awal dan 11 hari tayangan rasmi di pawagam seluruh negara.

Pencapaian tersebut sekali gus mengukuhkan kedudukan filem arahan Zulkarnain Azhar itu sebagai antara naskhah tempatan paling mendapat perhatian penonton ketika ini.

Lebih menarik, kejayaan tersebut membuktikan karya seram tempatan masih mempunyai pengaruh yang kuat dalam menarik penonton ke pawagam apabila dipersembahkan dengan jalan cerita yang kukuh serta identiti tersendiri.

Sejak mula ditayangkan pada 28 Mei lalu, Polong bukan sahaja berjaya mencatat kehadiran penonton yang memberangsangkan, malah turut menjadi topik hangat di media sosial.

Rata-rata penonton memuji kekuatan penceritaannya yang sarat dengan misteri, elemen seram yang menekan emosi serta beberapa babak kejutan yang meninggalkan kesan mendalam selepas keluar dari pawagam.

Dalam usaha mendekatkan filem itu dengan peminat, pihak produksi turut mengadakan Jelajah Bisikan Polong di Terengganu dan Pahang pada 6 serta 7 Jun lalu.

Jelajah tersebut menyaksikan kehadiran barisan pelakon utama seperti Mimi Lana, Fad Anuar dan Jun Lojong yang berpeluang bertemu peminat secara lebih dekat di lima lokasi berbeza.

Sambutan yang diterima sepanjang jelajah berkenaan turut memperlihatkan keterujaan penonton yang masih kuat terhadap filem tersebut meskipun sudah memasuki minggu kedua tayangan.

Polong mengangkat kisah mengenai legasi ilmu hitam, dosa lampau dan sumpahan yang diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya.

Gabungan elemen seram tradisional tempatan bersama pendekatan psikologi yang lebih mendalam menjadikan filem ini tampil berbeza berbanding kebanyakan filem seram lain di pasaran.

Diterbitkan oleh Golden Star Pictures Sdn. Bhd. dengan sokongan pengedaran 10 Star Cinemas Sdn Bhd serta kerjasama pemasaran Primeworks Studios dan Astro Shaw, filem ini turut dibintangi Namron, Nadiya Nisaa dan Amir Nafis.

Dengan sambutan yang masih kukuh sepanjang musim cuti sekolah dan hujung minggu, Polong dilihat mempunyai potensi untuk terus menambah kutipan serta mencipta lebih banyak rekod dalam tempoh tayangannya.

Berdasarkan trend semasa, filem tersebut kini berada di landasan terbaik untuk muncul sebagai antara filem tempatan paling berjaya tahun ini.

Polong masih ditayangkan di pawagam seluruh negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#LaguXTRA Fri, 26 May 2023
Hiburan Thu, 14 Nov 2019

云顶户外主题乐园即将营业!号召全国演艺人参与开幕仪式

如果您是一个充满热情、活力及拥有非凡才艺的表演者,云顶世界需要您!

Hiburan Fri, 17 Jan 2025
Featured Mon, 3 Apr 2023
Trending Wed, 25 Jul 2018

怕新郎太紧张 新娘竟变成「老婆的哥哥」

结婚是一对新人生命当中最重要的事,因此大家都会尽量严肃对待,就是不希望出现任何的差错。可是当这位紧张万分的新郎转头准备迎接自己的美娇娘时,发现来的竟然是自己的大舅,这到底是怎么回事?

Trending Fri, 27 Dec 2019

Mandi Seminggu Sekali Rahsia Kekal Cantik, Nampak Muda

Ini pendedahan dari pereka fesyen

Hiburan Thu, 7 Mar 2019

Michael Owen Sees Great Potential in FA Selangor’s U19 Team

Michael Owen really thinks young Malaysian footballers can be great.

error: Content is protected !!