Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi April 3, 2023 @ 4:20pm

30 Tahun Dalam Industri, Ning Baizura Dah Lali Dengan Kritikan Imej Seksi – “Kalau Dulu Saya Menangis…”

“Nak cakap apa, cakap sajalah, benda dah berlaku. Saya dah makan garam.”

Demikian kata-kata penyanyi Ning Baizura mengenai kritikan yang diterimanya ketika membuat persembahan di pentas Bobo Kl dek kerana pakaiannya yang dikatakan terlalu seksi.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Lincah Menari, Penampilan Ning Baizura Dikritik

Ning berkata, dia sudah lali dengan kritikan sejak menjejakkan kaki ke dalam industri dan mengambil sikap berdiam diri sahaja.

“Kalau zaman 1990-an dulu, kalau orang nak tegur, mereka tegur secara depan-depan, sekarang ini zaman media sosial kita kena pekakkan telinga sahaja.

“Kalau dulu, kita menangis buat sidang media. Sekarang tidak lagi, semuanya di media sosial sahaja. Biar sahajalah.

“Teruskan perjuangan dan perjalanan. Tak payahlah nak baca komen, nak marah ke. Lagi-lagi kita berada dalam bulan Ramadan,” katanya kepada XTRA .

Ning ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran pereka fesyen Rizman Ruzaini di sebuah hotel di ibu kota, baru-baru ini.

Tambah pelantun lagu Ke Sayup Bintang itu, dia sedikit tidak terkesan dengan kritikan yang diterima sebaliknya hanya fokus kepada kerjaya dan menjadi diri sendiri.

“Saya juga ada nasihat kepada peminat saya, jangan cepat nak marah sangat. Lebih baik permudahkan sahaja perkara itu dan ucap Alhamdulillah.

“Saya tak terasa pun, dah 30 tahun dalam industri, banyak pengalaman yang saya lalui dulu. Asalkan mereka tak tutup periuk nasi kita. Itu kerja kita dan saya hanya jadi diri sendiri.

“Kebijaksanaan orang yang menjadi ‘keyboard warrior’ ini diragui, sebab kita tak tahu siapa yang menulis disebalik akaun itu, apa motif dia nak bercakap?,” ujarnya lagi.

Mengulas mengenai penampilannya kini yang semakin menawan dan langsing, Ning turut mendedahkan dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram dalam masa empat tahun dengan mengubah cara pemakanan.

“Saya tukar cara pemakanan mungkin, tidaklah terlalu berdiet tapi saya banyakkan makan sayur-sayuran. Semua jenis sayur saya makan.

“Saya selesa dengan imej ini, nampak perubahannya. Saya bahagia dengan diri saya jadi,” tutupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Wow! Imej Baru Ning Baizura Buat Ramai Teruja – “Era Ke Sayup Bintang Sangat”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Nov 2023

Tampil Anggun Bertudung Labuh, Nadia Brian Syukur Terima Komen Positif Peminat – “Saya Memang Ke Arah Itu”

Pelakon Nadia Brian bersyukur dan terkejut apabila menerima banyak komen positif dalam kalangan netizen yang memuji penampilannya bertudung labuh. Menurut Nadia atau nama penuhnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 32,  walaupun dia belum mengambil keputusan untuk […]

Featured Fri, 29 May 2020
Hiburan Sun, 25 May 2025

Lebih Fasih Berbahasa Melayu Berbanding Punjabi, Shweta Sekhon Dapatkan Bantuan Nenek

Shweta Sekhon tidak berselindung apabila mengakui dirinya tidak begitu fasih berbahasa Punjabi.

Hiburan Wed, 25 Dec 2019
Hiburan Mon, 12 Jun 2023

Ustaz Wadi Annuar Perjelas Isu Hadiri Majlis Resepsi Janna & Dini – “Saya Ambil Keputusan Untuk Tak…”

Penceramah Ustaz Wadi Annuar tampil memberikan penjelasan berkenaan dirinya menghadiri majlis resepsi pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann di Langkawi, Sabtu lalu. Menurut Ustaz Wadi, dia dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut dan membacakan […]

Hiburan Sun, 14 Sep 2025

Filem Lejen Kita! Tonton Hidupkan Semula Nostalgia Layar Perak Sempena Hari Malaysia

Jom, throwback semula Filem Lejen Kita hanya di Tonton!

Trending Fri, 9 Oct 2020

Bantuan Komputer Riba Buat Siswa Golongan B40

Khas buat pelajar universiti dari golongan B40

error: Content is protected !!