Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 14, 2025 @ 4:38am

Filem Lejen Kita! Tonton Hidupkan Semula Nostalgia Layar Perak Sempena Hari Malaysia

Sempena cuti panjang Hari Malaysia tahun ini, Tonton mengembalikan nostalgia melalui koleksi istimewa Filem Lejen Kita, menghimpunkan deretan karya tempatan yang pernah mencetus fenomena dan menjadi memori kolektif rakyat Malaysia.

Dari komedi yang mengundang tawa, kisah cinta yang mengusik jiwa, hingga ke sci-fi berani dan seram urban yang masih disebut hingga kini, kempen ini mengajak penonton untuk throwback ke era kegemilangan layar perak negara. Setiap judul dalam senarai bukan sekadar hiburan, tetapi cerminan budaya, bahasa, nilai dan kreativiti anak tempatan.

Dengan langganan serendah RM8 sahaja menggunakan kod promo TONTONLEJEN (12–30 September), penonton boleh menikmati semula pelbagai filem legenda ini secara mudah di Tonton, sama ada bersama keluarga, rakan-rakan atau sekadar untuk melayan nostalgia sendiri.

Antara judul yang ditampilkan termasuk:

  • Mukhsin – kisah cinta monyet Orked dan Mukhsin yang penuh dengan basikal tua, rahsia kecil, serta nostalgia “first crush” yang polos.
  • Talentime – karya indah Yasmin Ahmad yang menyatukan muzik dan emosi dengan mesej cinta merentasi sempadan bangsa.
  • KIL – drama moden dengan twist yang tidak dijangka, membuktikan filem indie Malaysia mampu memberi impak besar.
  • XX Ray – filem sci-fi tempatan pertama yang menjadi simbol keberanian pengarah Aziz M. Osman.
  • Rock Oo! – tribute penuh jiwa buat rockers Malaysia dengan lawak, renungan hidup dan dialog ikonik.
  • Susuk – thriller seram urban yang memperingatkan bahawa kecantikan ada harga yang perlu dibayar.
  • Cinta, Love Supermoon, Dunia Baru The Movie, Anak Mami The Movie, NaNa Tanjung dan Lagi Lagi Senario – filem yang pernah menjadi tontonan wajib, lengkap dengan lawak, emosi dan adegan yang masih segar dalam ingatan penonton.

Inisiatif ini adalah cara terbaik untuk meraikan semangat Paling Malaysia. Filem-filem ini bukan sekadar karya hiburan, tetapi sebahagian daripada sejarah budaya kita. Dari dialog ikonik hingga soundtrack yang masih kita dengar, ia semua adalah memori kolektif rakyat Malaysia.

Kempen Filem Lejen Kita turut menjadi jambatan antara generasi lama dan baharu. Penonton dewasa berpeluang mengimbau kenangan, manakala generasi muda dapat mengenali filem-filem yang pernah mencorak landskap hiburan negara.

Jadi sempena cuti panjang Hari Malaysia ini, raikan detik kebersamaan dengan cara paling mudah, throwback filem lejen bersama orang tersayang hanya di Tonton. Jangan lupa, gunakan kod promo TONTONLEJEN untuk langganan hanya RM8 dari 12 hingga 30 September.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Nov 2025

El Putra Sarira ‘Ditemui’ Selepas Tular Nyanyi Bersama Lyodra, Nicholas Saputra Restu Pewaris Rangga

El Putra Sarira nyanyi bersama Lyodra terus diangkat jadi bintang filem Rangga Cinta

Featured Sat, 17 Jan 2026

“Muka Semua International” – Muat Naik Video Bersama Adik Perempuan, Netizen Puji ‘Siblings’ Zahirah MacWilson

Zahirah MacWilson mencuri perhatian netizen apabila memuat naik sebuah video bersama adik-beradik perempuannya

Hiburan Wed, 25 Jun 2025

“Tak Perlu Samakan Dengan KRU” – Abby Abadi Jawab Isu Harga Tiket Konsert Elite

Abby Abadi tampil bersuara isu tiket konsert Elite mahal

Trending Mon, 20 Jul 2020
Hiburan Mon, 22 Jan 2024
Hiburan Sun, 22 Sep 2019

Hael Husaini Umum Bakal Kahwin!

Wah…Dengan siapa tu?

Trending Mon, 20 Jan 2025

“Pendidikan S*ks Seharusnya Dimulakan Sejak Usia Muda” – Jefri Nichol

Pendidikan seks tidak seharusnya dianggap sebagai satu perkara baru dalam masyarakat.

error: Content is protected !!