Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 28, 2024 @ 3:35pm

Tak Berhasrat Tambah Zuriat, Siti Nurhaliza Mahu Fokus Besarkan Aafiyah & Afwa

“Kalau saya muda lagi mungkin ada penambahan,” demikian kata penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila ditanyakan tentang memiliki zuriat ketiga.

Menurut Siti, dia tidak berhasrat untuk menimang cahaya mata lagi kerana pernah mengalami beberapa komplikasi selepas melaharikan anak pertama dan keduanya, Siti Aafiyah, 5, dan Muhammad Afwa, 3.

Namun, dia bersyukur dikurniakan dua cahaya mata bahkan mahu fokus membesarkan mereka dan memberi tumpuan kepada kesihatannya.

“Jauh di sudut hati kalau kuat nak juga seorang lagi anak. Siti Aafiyah juga ada minta adik perempuan. Namun, pada usia sekarang saya nak fokus untuk jaga kesihatan.

“Alhamdulillah, Allah sudah kurniakan sepasang cahaya mata, jadi saya rasa dua cukuplah. Lagipun, saya ada pengalaman agak sukar selepas bersalin.

“Selepas bersalin Siti Aafiyah, saya mengalami tumpah darah kerana uri melekat dan selepas lahirkan Muhammad Afwa pula saya alami kesakitan teruk pada tulang ekor.

“Saya pun baru nak betulkan semula waktu tidur, jadi memang saya tak berhasrat tambah zuriat,” katanya.

Memetik laporan BH Online, Siti menyatakan dia tetap menggalas tanggungjawab seperti ibu yang lain dalam menguruskan anak-anak yang masih kecil.

Kata Siti, dia sering menitik beratkan soal pemakanan anak-anaknya kerana mereka mempunyai alahan makanan seperti telur dan udang.

“Saya pun macam emak lain juga, Siti Aafiyah susah sikit soal makan. Bila ke luar negara memang kena bawa periuk nasi kecil supaya boleh masak di hotel atau rumah inap.

“Bahan mentah seperti daging atau ayam halal tiada masalah kerana boleh dicari di mana sahaja. Saya cuma bawa periuk nasi dan rempah untuk masak pasta,” jelasnya.

Siti bagaimanapun menyatakan kesibukan bukan alasan untuknya tidak mengambil berat soal pemakanan anak setiap hari.

Malah, dia turut meluahkan rasa lega apabila memiliki dua orang pengasuh yang boleh membantu mendidik dan menjaga kedua-dua anaknya.

“Saya sangat sibuk, tapi bila ada masa lapang, saya luangkan masa dan masakan untuk anak. Jika tak sempat, pengasuh ambil bahagian.

“Setiap hari saya tanya mereka masak apa untuk anak? Sekurang-kurangnya saya tahu apa yang anak makan, apa yang mereka suka dan sebaliknya.

“Saya sangat bersyukur dikurniakan dua pengasuh yang sangat baik dan bertanggungjawab. Pengasuh yang menjaga Siti Aafiyah memiliki kelulusan penjagaan awal kanak-kanak, manakala Muhammad Afwa pula dijaga jururawat.

“Jadi, saya lega sebab mereka bukan setakat mengasuh, tapi boleh mengajar dan tak perlu saya menghantar Siti Aafiyah ke kelas tambahan,” katanya.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Dec 2024

Lelaki Miang Ganggu Mona Allen Ajak ‘Video Call’, Tawar Wang Cecah RM20,000

Mona Allen ditawar RM20,000, lelaki miang ajak video call

Featured Mon, 25 Jul 2022
Events Sun, 5 Mar 2023
Trending Thu, 25 Jun 2020
Trending Thu, 4 Jun 2020
Featured Sat, 28 Sep 2024
Hiburan Tue, 20 Feb 2024

‘Merindu’ Buah Tangan Madam Untuk Peminat

tahniah Madam untuk lagu baru

Trending Mon, 28 May 2018

Florida ‘Diserang’ Alberto, Ribuan Siapsiaga Pindah

Pihak berkuasa daerah Franklin di Florida Panhandle sudah mengeluarkan arahan berpindah mandatori kepada semua penduduk di 4,200 unit kediaman, manakala daerah Taylor di timur, menawarkan arahan berpindah sukarela kepada penduduk di kawasan pantai.

error: Content is protected !!