Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 13, 2025 @ 3:08pm

El Putra Sarira ‘Ditemui’ Selepas Tular Nyanyi Bersama Lyodra, Nicholas Saputra Restu Pewaris Rangga

Siapa sangka, hanya kerana berani naik ke pentas menyanyi bersama penyanyi popular Indonesia, Lyodra, remaja ini kini bergelar pelakon utama filem paling dinantikan tahun ini.

Itulah tuah yang berpihak kepada El Putra Sarira, wajah baharu yang dipilih membawa watak Rangga dalam filem muzikal Rangga & Cinta, arahan pengarah terkenal Riri Riza dan diterbitkan Miles Films.

Filem ini dianggap kesinambungan kepada naskhah legenda Ada Apa Dengan Cinta? (AADC) yang pernah mencetus fenomena lebih dua dekad lalu, namun kali ini tampil dengan nafas dan generasi baharu.

Menurut penerbit, Mira Lesmana, produksi filem berkenaan menjalankan sesi uji bakat besar-besaran di seluruh Indonesia selama enam bulan bagi mencari pelakon muda berbakat.

“Kalau dulu, watak Rangga paling akhir kami jumpa. Tapi kali ini El muncul lebih awal, manakala cabaran sebenar ialah mencari watak Cinta,” katanya.

Riri Riza pula mendedahkan, segalanya bermula apabila mereka menonton video tular El di konsert Lyodra.

“Video itu menunjukkan El naik ke pentas dan menyanyi bersama Lyodra di Makassar. Dari situ kami mula mencari siapa dia sebenarnya,” katanya.

Lebih menarik, pelakon asal Rangga, Nicholas Saputra, yang kini turut menjadi penerbit bersama, dikatakan orang pertama yang melihat potensi El.

“Mbak, ini kayaknya dia. Terbangin, mbak,” katanya kepada Mira, seolah-olah merestui pelakon muda itu sebagai pewaris watak ikonik berkenaan.

El yang kini menjadi tumpuan media Indonesia mengakui, dia sendiri tidak menyangka detik spontan itu mengubah hidupnya.

“Video itu tular sampai 16 juta tontonan di TikTok. Lepas tu, talent manager hubungi saya. Mula-mula saya tak percaya, tapi lepas semak nama mereka di LinkedIn, baru yakin,” katanya.

Sementara itu, watak Cinta pula dibawakan oleh Leya Princy, anak kepada pelakon terkenal Ferry Maryadi dan Risma Nilawati. Namun, Leya menyertai uji bakat tanpa mendedahkan latar belakang keluarganya kerana mahu dinilai atas kemampuan sendiri.

Menggabungkan bakat muda, muzik segar dan kisah cinta yang tidak lapuk dek zaman, Rangga & Cinta dijangka mengembalikan nostalgia AADC sambil memperkenalkan bintang baharu yang bakal mencorak masa depan industri filem Indonesia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 25 Sep 2018

老娘不用人救!迪士尼公主「战士化」比王子还帅

迪士尼动画的角色相信大家都不会陌生,特别是公主们更是给大家留下深刻的印象。但公主只能靠王子拯救吗?

Featured Sat, 9 May 2026

“Cakap Yang Penting, Bukan Yang Penting Cakap” – Saiful Apek

Kata Apek, tidak semua perkara perlu diperkatakan sekiranya ia tidak membawa sebarang manfaat apatah lagi bertujuan untuk menyakitkan hati mana-mana pihak.

Events Fri, 27 Dec 2019

Undian ERA Digital Music Awards (EDMA) Kini Bermula!

Jangan lupa untuk undi artis kegemaran korang!

Hiburan Fri, 3 May 2019

‘Jangan Takut Kalau Kurang Peminat Tapi…’- Ramli Sarip Tegur Penyanyi Muda

Ramli Sarip berharap agar penyanyi masa kini menghasilkan karya yang mampu ‘hidup’ dalam beberapa tempoh tahun mendatang.

Trending Fri, 17 Sep 2021

Emas & Wang Bernilai Lebih RM0.5 Juta Lesap, Pemuda Ditipu Pasangan Sejenis Bergelar ‘Tengku’

Seorang lelaki berusia 20-an berputih mata apabila sejumlah barang kemas milik ibunya bernilai RM370,000 dan wang tunai berjumlah RM201,000 lesap akibat ditipu oleh pasangan sejenis. Lebih mengeruhkan keadaan, lelaki yang merupakan peniaga ‘online’ diugut akan […]

Hiburan Thu, 7 Mar 2019

Aduh! 15 Tahun Berlalu, Faizal Tahir Seakan Tak Percaya Bila…

Tak ada seorang pun yang pernah mengatakan begitu kepada saya. Dia insan pertama yang percaya dengan bakat saya sewaktu itu…

error: Content is protected !!