Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain January 4, 2023 @ 3:39pm

Gara-Gara Tersasul Banyak Isteri, Gelagat Fatin Afeefa Cekik Suami Undang Tawa

Hampir seminggu mendirikan rumah tangga, gelagat pelakon Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang mula meraih perhatian rata-rata peminatnya di media sosial.

Menerusi perkongsian di TikTok, Aliff atau lebih mesra disapa sebagai Opai telah memuat naik videonya dicekik oleh Fatin ketika makan bersama gara-gara tersasul mempunyai banyak isteri.

Pada awalnya, salah seorang rakan Opai telah mengusiknya untuk tidak menunjukkan kemesraan mereka selepas melihat pasangan itu makan bersuap.

Namun, Opai membalas usikan kawannya itu dengan menyatakan Fatin kini adalah isterinya sehingga tersasul.

“Ni bini (isteri) aku bro, kalau kau cuba nak kacau hubungan aku dengan bini aku, kau tau tak orang macam kau ni yang kacau bini-bini aku. Eh, bini-bini pulak. Alamak!

“Maafkan saya sayang @bukan fatin afeefa . Ayang sumpah takda orang lain 😭😭😭,” tulisnya.

@aliff_awang Maafkan saya sayang @bukan fatin afeefa ♬ Funny Song – Cavendish Music

Melihat kemesraan pasangan itu bergurau senda, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa terhibur dan gembira dengan gelagat mereka.

Malah, mereka turut mendoakan agar hubungan pasangan ini berkekalan sehingga akhir hayat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tamat Zaman Ibu Tunggal, Fatin Afeefa Selamat Bernikah

ARTIKEL BERKAITAN: “Tau-Tau Kahwin… Yang Masih Single Okay Tak Tu?” – Netizen Terkejut Fatin Afeefa Bernikah

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 Feb 2018

BELUM TENGOK DAH KUTUK, ALIFF SYUKRI NAIK ANGIN

Dalam masa sama, Aliff meminta netizen memikirkan perasaanya dan tidak menganggap dirinya sebagai tunggul.

Featured Fri, 20 Mar 2020
Trending Mon, 3 Feb 2020

Benarkah! Tidur 2 Jam Dapat Menghasilkan Vaksin?

Harapnya nanti dapatlah halang penyakit berjangkit ni kan?

Trending Fri, 28 Jun 2019

女性爱闻男友体味!研究:有益健康

加拿大研究显示,喜欢闻另一半身上的味道,或许是一种减压的方式,对身心灵还满健康的。

Hiburan Wed, 15 Nov 2023
Featured Fri, 17 Jan 2025

[VIDEO] Nora Ariffin Panik, Dakwa Diikut 2 Lelaki Berbadan Besar – “Dia Siap Block Belakang Kereta Saya”

Kenderaan tersebut turut bertindak menyekat keretanya sehingga sukar untuk keluar dari parkir.

Trending Tue, 26 Mar 2019
error: Content is protected !!