Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 30, 2022 @ 11:56pm

Tamat Zaman Ibu Tunggal, Fatin Afeefa Selamat Bernikah

Pelakon cantik Fatin Afeefa menamatkan zaman ibu tunggal selepas bernikah dengan lelaki pilihan yang dikenali sebagai Aliff Awang.

Dalam majlis yang berlangsung di Putra Glass Hall, Subang Jaya sebentar tadi, Fatin selamat bergelar isteri kepada Aliff dengan sekali lafaz pada jam 8.40 malam tadi.

Perkhabaran gembira itu dikongsi oleh jurusolek popular, Datuk Alha Alfa yang menata rias Fatin di majlis indah itu.

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah turut berkongsi momen ketika majlis resepsi berlangsung menerusi ruangan Instagram Stories miliknya.

Namun begitu, sehingga kini, pelakon filem Tentang Bulan itu tidak memuat naik sebarang perkongsian mengenai majlis pernikahan terbabit.

Sebelum ini, Fatin memberi hint sudah bergelar tunangan orang sekitar bulan lalu.

Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 dan berpisah pada 30 Mei 2017. Mereka menerima kehadiran seorang anak perempuan, Ivy Herra Sophia yang kini berusia tujuh tahun.

Dalam pada itu, menerusi perkahwinan sebelum itu, Fatin mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Jan 2026

Jawab Teka Teki Peminat, Nur Fazura & Fatima Tampil Sebagai ‘Kejutan Terakhir’ Eksklusif!

Nur Fazura & anaknya, Nur Fatima Aisya muncul sebagai kejutan eksklusif.

Hiburan Fri, 28 Mar 2025

“Dulu Dibuli Kerana Kacukan, Kini Dipuji Wajah Eksotik” – Nina Kho

Nina Kho pernah dibuli oleh sepupu terdekat dan rakan sekolah

Featured Thu, 13 Apr 2023

Syada Amzah Perjelas Ibu Ke Mahkamah Bukan Untuk Fail Cerai, Kunci Mulut Tujuan Sebenar

Syada Amzah enggan dedah tujuan sebenar ibu ke mahkamah

Featured Thu, 26 Jun 2025

Amira Othman Dipuji ‘Humble’, Netizen Komen: “Bagus Kak Ya, Rumah Besar Gila, Parking Pun Macam Padang Bola”

Amira berkongsi kepada peminat bahawa kediaman miliknya itu memiliki ruang yang besar sehinggakan membuatnya berasa sunyi.

Trending Sun, 11 Nov 2018

Air Minuman Jenama Tempatan Yang Diimport Dari Malaysia Ditarik Balik

Air Minuman Jenama Tempatan Ditarik Balik Selepas Didapati Mengandungi ‘Bakeria Alam Sekitar’

error: Content is protected !!