Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 25, 2021 @ 6:46pm

“Dia Sudah Kacau Periuk Nasi Saya…” – Andi Bernadee Tak Sangka Kawan Baik ‘Songlap’ RM70,000

Pelantun lagu Penat, Andi Bernadee hari ini membuat laporan polis berhubung kerugian yang dialaminya sebanyak RM70,000 selepas ditipu rakan baik yang juga pembantu peribadinya.

Andi berkata, individu terbabit sanggup menggunakan aplikasi whatsapp miliknya untuk berurusan dan membuat transaksi bayaran ke akuan peribadinya.

“Laporan polis saya buat hari ini adalah disebabkan kes pecah amanah ke atas orang yang sangat saya percayai. Orang yang saya bawa masuk ke dalam industri seni.

“Saya memang tak sangka sebab dia sudah kacau periuk nasi saya, memalukan dan memfitnah saya. Sudahnya, dia pergi songlap duit saya.

“Setakat ini, duit yang lesap daripada saya berjumlah RM70,000. Duit saya bekerja tahun ini, saya tak merasa langsung duit itu”

“Duit hasil saya berlakon, duit projek saya dengan syarikat baju, dia kaut semualah,” katanya.

Andi Bernadee atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, 30, mengakui sudah berjumpa secara face to face dengan individu terbabit namun, tidak ada respon positif daripada beliau.

“Saya dah bersemuka dengan dia tapi dia hanya main telefon depan saya. Malah, saya juga sudah bagi masa kepada dia lebih kurang sebulan.

“Saya mula sedar ada sesuatu yang ‘tak betul’ sejak Jun tahun ini apabila duit tak masuk ke akaun saya dan dia puula asyik kata resit hilang dan client tak bayar.

Mengakui serabut memikirkan tentang perkara ini, Andi menjelaskan ia memberi kesan buat keluarganya.

“Apabila mak saya tanya, saya terpaksa tipu kata duit saya hilang. Saya ada adik-adik dan mak ayah yang perlu ditanggung. Dan saya hanya harapkan duit hasil titik peluh saya.”Jelasnya ketika selesai membuat laporan polis pada Rabu.

 

 

Sumber: Mstar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Mar 2023
Featured Thu, 23 Jun 2022
Hiburan Wed, 8 Nov 2023

Nekad Tinggalkan Dunia Glamor, Altimet Tolak Tawaran Menyanyi Demi Membantu Rakyat

Selamat tinggal Altimet! Kami sebenarnya rindu dengan persembahan Altimet❤️

Trending Thu, 26 Jul 2018

英国艺术家「用色铅笔」绘制宫崎骏动画人物

日本动画之神宫崎骏的作品风靡全球,亲切的画风、丰富的想像力让他的动画几乎每一部都堪称经典,全球的网友们也常常以他的动画人物为创作主题……

Trending Thu, 29 Apr 2021

Menyingkap Peristiwa Nuzul Al-Quran, Penurunan Al-Quran Dari Langit Ke Nabi Terakhir

Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini […]

Hiburan Wed, 5 Jun 2024
Trending Thu, 26 Dec 2019

Jangan Lihat Gerhana Matahari Guna Mata Kasar

Ingat ya guna kaedah yang betul dan selamat

Hiburan Mon, 3 Feb 2025

[VIDEO] Saling Berpelukan, Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat

Fasha Sandha puji Nur Fazura seorang wanita yang kuat

error: Content is protected !!