Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie November 8, 2023 @ 7:12pm

Nekad Tinggalkan Dunia Glamor, Altimet Tolak Tawaran Menyanyi Demi Membantu Rakyat

Penyanyi rap Altimet memberitahu dia sudah meninggalkan karier lamanya sebagai seorang penyanyi rap demi memberikan fokusnya kepada tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Ampang sejak tiga bulan lalu.

Menurut mStar, Altimet mendedahkan bahawa dia masih menerima undangan untuk menjayakan nyanyian meskipun sudah bersara dalam industri seni.

Netizen masih merindui persembahan penuh bertenaganya yang mampu memukau sesiapa sahaja yang menyaksikan.

Namun begitu, setelah menggalas tugas dan amanah baharu, Altimet atau pemilik nama sebenar Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad mengakui tidak lagi rindu kerjaya lamanya.

“Tugas sebagai wakil rakyat sesuai dengan naluri saya buat masa ini sebab mahu berkhidmat kepada mereka.

“Pada mulanya memang ada tawarkan saya persembahan pentas tetapi sekarang sudah tidak ada sebab saya letak harga tinggi sebagai cara halus menolak.

“Sekarang sudah tidak ada undangan, mungkin sebab mereka sudah putus asa dengan saya,” katanya.

Usai menggalas mandat sebagai wakil rakyat dalam Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) pada 12 Ogos lalu, pelantun lagu Amboi itu memberi tumpuan sepenuhnya untuk membantu rakyat yang telah memberikan kepercayaan kepadanya.

Sumber : mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 16 Mar 2025
Trending Thu, 12 Mar 2020
Hiburan Sun, 3 Apr 2022
Hiburan Tue, 3 Dec 2019

Inikah Natasha Yang Menjadi Pilihan Hati Datuk Seri Eizlan Yusof?

Tak sabar tunggu apa yang diwar-warkan bakal jadi Wedding Of The Year ini!

Hiburan Fri, 14 Nov 2025

“Saya Masih Tak Beli Rumah Sebab Elak Riba” – Farah Lee Nasihat Anak Muda Jangan Gopoh

Aktivis kemanusiaan dan personaliti media sosial, Farah Lee tampil memberikan pandangan peribadi berhubung kekeliruan anak muda masa kini yang masih teragak-agak sama ada mahu membeli atau menyewa rumah. Menerusi hantaran di Threads, Farah atau nama […]

Trending Tue, 21 Nov 2023

Bukan Sekadar Guna Populariti, Rasanya Memang Sedap! Jualan Karipap & Cucur Badak MUA Bellaz Laku Keras

Tinggi betul permintaan karipap Bellaz! Bukan pandai make-up saja, masak pun hebat!

error: Content is protected !!