Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 16, 2025 @ 12:38pm

Pakar Audiologi Kini Bergelar Penerbit, Dr. Shasa Aziz Terangkan Pemilihan Nama Filem ‘6 Jilake’

Filem aksi komedi 6 Jilake semakin mencuri perhatian apabila ia disahkan bakal menemui penonton di lebih 100 pawagam tempatan pada 24 April 2025.

Menggabungkan elemen aksi, komedi dan warisan budaya, filem ini mendapat sentuhan pengarah prolifik, Aziz M. Osman, serta menampilkan barisan pelakon hebat seperti Amerul Affendi, Bell Ngasri, Saiful Apek, Kazar Saisi, Asmidar dan ramai lagi.

Menariknya, 6 Jilake diinspirasikan daripada filem klasik 6 Jahanam arahan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, tetapi diberi nafas baharu dengan penceritaan yang lebih segar dan moden.

Di sebalik kehangatan filem ini, penerbitnya, Dr. Shasa Aziz, tampil mempertahankan pemilihan judul 6 Jilake yang dianggap oleh sesetengah pihak membawa konotasi negatif.

“Aziz seorang pengarah yang kreatif dan unik. Dia memang mahu judul filem ini dinamakan 6 Jilake kerana percaya ia mampu menarik perhatian penonton.

“Tiada apa yang boleh saya katakan selain judulnya yang catchy dan provokatif, tetapi saya ingin jelaskan filem ini mempunyai banyak pengajaran yang boleh ditimba.

“Kalau kami pilih nama yang terlalu baik, bimbang tiada yang berminat. Jilake ini boleh disifatkan sebagai orang yang jahat,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa filem 6 Jilake di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), baru-baru ini.

Filem 6 Jilake yang menelan belanja sebanyak RM2.8 juta menerima peruntukan Dana Kandungan Digital (DKD) daripada Kementerian Komunikasi dan Finas. 

Shasa, atau nama sebenarnya Dr. Nur Shasa’ Ain Tan Sri Abdul Aziz, berkata sebelum mencapai persetujuan untuk menggunakan judul itu, ada beberapa tentangan daripada pelbagai pihak.

“Tidak dinafikan, untuk melakukan sesuatu perubahan, pasti ada yang meminta kami menyemak semula.

“Bagaimanapun, kami yakin dengan judul yang ingin diketengahkan dan mencapai kata putus, selain mendapat kelulusan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Lembaga Penapisan Filem (LPF),” jelasnya.

DARI DUNIA PERUBATAN KE INDUSTRI PERFILEMAN

Bagi yang masih belum mengenali Dr. Shasa Aziz, dia bukan sekadar penerbit filem biasa. Sebelum menubuhkan syarikat produksi Eartistic Entertainment, Dr. Shasa ialah seorang pakar audiologi yang telah mencipta kejayaan besar dalam bidang kesihatan pendengaran menerusi Eartistic Hearing & Balance Centre.

“Sepuluh tahun lalu, saya bermula dengan satu visi – untuk mendidik masyarakat mengenai pentingnya pendengaran dan keseimbangan.

“Kini, saya memilih filem sebagai wadah baharu kerana saya percaya seni mampu memberi kesan lebih mendalam,” katanya yang mahu menggabungkan kepakaran audiologi dengan elemen hiburan untuk menjangkau lebih ramai audiens.

Perjalanan Eartistic tidak mudah, malah hampir tumbang ketika pandemik COVID-19 apabila tujuh cawangannya terpaksa ditutup.

“Itu adalah fasa paling mencabar dalam hidup saya. Namun, saya tidak boleh menyerah. Saya bangkit dengan strategi baharu, memperkukuh perkhidmatan dan makmal alat pendengaran kami, serta terus memperjuangkan kesedaran pendengaran melalui program bersama NGO dan agensi kerajaan,” katanya.

Kini, Eartistic Hearing berkembang pesat dengan tujuh cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia dan dalam perancangan untuk membuka lebih banyak pusat rawatan serta memperluaskan perkhidmatan fisioterapi vertigo.

MENGANGKAT BUDAYA DAN PENDIDIKAN KE PENTAS GLOBAL

Selain filem, Eartistic Entertainment juga giat membangunkan jenama Kembara Utan, siri animasi pendidikan yang mempromosikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan kanak-kanak.

“Kembara Utan adalah platform global yang kami bangunkan bagi membantu kanak-kanak belajar dengan cara yang lebih interaktif dan menyeronokkan.

“Selain itu, kami juga mahu memperluaskan dunia animasi ini dengan muzik dan karakter baharu yang boleh memberi impak kepada generasi muda,” jelasnya.

Dengan gabungan perubatan, pendidikan dan hiburan, Dr. Shasa membuktikan bahawa tiada batasan dalam membawa perubahan kepada masyarakat.

“Ini bukan sekadar perniagaan, ini adalah perjuangan. Saya mahu setiap individu sedar bahawa mendengar itu nikmat, dan seni adalah medium terbaik untuk menyampaikan mesej besar.

“Dengan Eartistic, saya akan terus melangkah ke hadapan untuk memberi impak yang lebih besar,” tegasnya.

Buat peminat filem tempatan, 6 Jilake bakal menjadi antara naskhah wajib tonton tahun depan. Nantikan tayangannya di pawagam bermula 24 April 2025!

Kredit foto: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 9 Dec 2018

Azwan Ali Sertai Perhimpunan Tolak ICERD

Selebriti Azwan Ali mencuri tumpuan di pekarangan Masjid Jamek Kuala Lumpur apabila turut menyertai perhimpunan kesyukuran penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Tampil dengan gaya tersendiri, Azwan yang diiringi beberapa […]

Featured Tue, 15 Nov 2022

[VIDEO] “Menangis Britney Spears Dengar” – Kreatifnya! Sajat Tukar Lirik Lagu ‘Toxic’, Ramai Save Buat Ringtone!

Min terhibur lah dengan Sajat ni! Ada je idea dia kan 🤣🤣🤣 Luvv lagu Toxic versi Sajat, tempo sangat tepat ya!

Hiburan Mon, 1 Aug 2022

“Mereka Tak Lokek Pujian” – Saksikan Konsert Michael Buble di UK, Sissy Imann Kongsi Budaya Orang Barat

Sissy Imann sering terima pujian semasa berada di United Kingdom, suka dengan budaya orang barat.

Hiburan Mon, 8 May 2023
Featured Tue, 26 Dec 2023
Featured Fri, 3 Feb 2023

[VIDEO] Harris Annuar & Asha Merican Bakal Timang Cahaya Mata Pertama – “Mohon Doa Yang Baik-Baik”

Wahh Alhamdulillah 🤩🤩 Tahniah @harrisannuar & isteri, @ashamerican ❤️❤️ Moga dipermudah segalanya ❤️

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

BUKAN PEMALAS EH! – NORA DANISH

Nora mengakui bahawa kehamilannya pada kali ini amat berbeza jika dibandingkan dengan pengalamannya ketika mengandungkan anak sulungnya, Putra Rayqal sembilan tahun yang lalu

Hiburan Mon, 26 Jan 2026
Featured Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Tue, 10 Jul 2018

Tahniah! Tauke Bakal Terima ‘Orang Baru’

Tauke memaklumkan isterinya kini hamil empat bulan dan meminta agar peminat di luar sana mendoakan agar proses kehamilan isterinya berjalan lancar. Semoga semuanya lancar ya… Amin!

error: Content is protected !!