Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 29, 2022 @ 8:41pm

Netizen Biadap Beri Komen Buruk Terhadap Foto Anna Jobling Dengan….

Pelakon Anna Jobling mencuri perhatian netizen apabila foto bersama ibu kandungnya tular di laman sosial TikTok baru-baru ini.

Perkongsian yang dimuat naik oleh seorang individu yang dikenali sebagai @bobbaskyy2 itu mengejutkan ramai pihak termasuklah peminat Anna yang sama sekali tidak menyangka bahawa wanita tersebut adalah ibunya.

“Ingatkan bibik dia tadi”

Menjengah di ruangan komen berkenaan, terdapat segelintir warganet mengatakan bahawa kecantikan yang dimiliki Anna adalah hasil perkahwinan campur ibu bapanya.

Ada antara peminat yang menyangkakan bahawa jika mereka tidak mengetahui perkara sebenar, pastinya sosok wanita berkenaan disangkakan sebagai pembantu kepada teraju utama drama popular Melur Untuk Firdaus itu.

Terdahulu, sekitar 2019, Anna pernah meluahkan rasa terkilannya kepada segelintir individu yang dilihat berani mempersendakan fizikal ibunya.

“Mengapa terlalu lantang mengkritik fizikal seseorang? Banyak komen yang mempersenda ibu saya dan mereka melakukannya tanpa perasaan bersalah. Bukankah kita patut menghormati semua, tidak kira siapa pun mereka?

“Saya tidak pernah mengeluarkan perkataan kesat, terutama kepada orang yang lebih tua. Tolonglah hormat ibu saya. Sebagai anak, saya akan bangkit mempertahankan ibu kerana terlalu menyayanginya.

“Kenapa dalam hidup ini kita perlu menyebarkan kebencian, sedangkan masih banyak hal positif yang boleh dilakukan?”

“Bayangkan jika perkara ini berlaku kepada mereka? Apakah mereka juga akan berdiam diri? Sesekali, saya akan tegur secara berhemah, namun ada masanya, saya ambil pendekatan berdiam diri. Buang masa sebenarnya layan orang seperti mereka” katanya.

Sehingga kini, video tersebut telahpun di tonton sebanyak 1.6 juta tontonan dan menerima lebih 100,000 tanda suka beserta pelbagai respons yang ditinggalkan oleh netizen.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 16 Jul 2020
Hiburan Fri, 14 Mar 2025

Semakin Sibuk Dengan Bisnes, Fazura Akui Lama Tak Keluar Rumah Sejak Habis Idah – “Mana Saya Pergi Fatima Mesti Kena Ikut”

Nur Fazura akui lama tak keluar rumah sejak habis tempoh idah, Fatima tak nak berenggang

Hiburan Mon, 20 May 2019

Ebby Yus Terkejut Wanita Muda Nak Derma Buah Pinggang

Untung Ebby Yus, ramai yang masih sayang dengan dia. Semoga cepat sembuh bang!

Hiburan Sat, 8 Jun 2024
Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Nedim Mohon Bantuan Netizen!

Beliau mahu menyampaikan hasrat untuk membantu merawat kos perubatan anak Danial Rayyan yang menghadapi ekzema kritikal.

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Pelawak Popular Indonesia Sule Bakal Kahwin Lagi?

Selamat pengantin baru Pak Sule!

error: Content is protected !!