Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 15, 2022 @ 6:59pm

Lebih Mantap, Kolaborasi Buletin TV9 & Harian Metro Tawar Kandungan Berita Menyeluruh

Buletin TV9, saluran berita nombor 2 negara dan Harian Metro, akhbar harian bahasa Melayu nombor satu di Malaysia kini berkolaborasi untuk menyampaikan kandungan berita yang lebih mantap dan menyeluruh kepada jutaan penonton dan pembaca mereka.

Kedua-dua medium berita gergasi ini mengetengahkan isu-isu semasa berkaitan kemanusiaan dan komuniti dalam negara. Oleh itu, menerusi kolaborasi strategik ini, gabungan kepakaran dan idea antara dua pasukan editorial ini pasti dapat memberi nilai tambahan kepada penonton dan pembaca kami melalui perkongsian berita yang lebih menarik, berdaya saing dan berinformasi.

Kolaborasi Buletin TV9 dan Harian Metro telah bermula dengan paparan berita sulung mereka iaitu ‘Selamat Tahun Baru Cina Dalam Sedih’ di siaran Buletin TV9 pada 1 Februari 2022. Seterusnya, Buletin TV9 dan Harian Metro akan melaporkan segmen Metro Prihatin pada setiap minggu bermula bulan Mac ini. Segmen ini fokus kepada bantuan yang dihulurkan oleh pihak Harian Metro kepada masyarakat yang memerlukan menerusi tabung bantuan Metro Prihatin.

Titipan Kasih Harian Metro, program tanggungjawab sosial masyarakat (CSR) turut dipaparkan dalam siaran Buletin TV9 menerusi kolaborasi ini. Program CSR Harian Metro yang telah diperkenalkan sejak tahun 2007 telah memberikan bantuan dan sumbangan kepada golongan yang memerlukan tidak mengira latar belakang, etnik dan agama dengan kerjasama daripada rakan – rakan penaja.

Selain itu, topik konsumer yang dilaporkan oleh Harian Metro juga akan dipaparkan dalam Buletin TV9 pada setiap minggu. Kolaborasi ini juga merangkumi laporan berita secara rakaman atau lintas langsung untuk liputan bencana alam dan acara sukan.

Laporan berita secara langsung atas kolaborasi ini ialah ‘Sindiket Derma Online’ oleh Izzati Rizan di Buletin TV9 pada 8 hingga 10 Mac 2022. Ia membongkarkan kegiatan penipuan yang menggunakan taktik pemungutan derma untuk anak yatim, kos rawatan penyakit kronik atau bantuan orang kurang upaya.

Pendedahan ini juga ingin meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kegiatan ini dan lebih berwaspada apabila berhadapan dengan lambakan permintaan derma atas talian pada masa kini.

Ikuti laman sosial media Buletin TV9 dan Harian Metro untuk laporan berita terkini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 21 Mar 2022
Featured Tue, 3 Jun 2025

Sharnaaz Ahmad Ambil Masa 6 Bulan, Sasar Turun Berat Badan 70 Kilogram Demi Watak

Mamu kini sedang membuat persediaan untuk melakonkan watak Reza

Featured Thu, 11 Aug 2022

Sering Digandingkan Bersama, Amar Baharin Tak Kekok Berlakon Dengan Isyariana

Biarkan Ia Pergi gandingan Amar Baharin & Isyariana

Hiburan Sat, 2 Nov 2024

Mahu Serlah Bakat & Kejar Ganjaran RM1 Juta Calpis Soda OIAM… Sakit Gout Kronik Tak Jadi Penghalang Lelaki Ini Gapai Impian

Uji bakat OIAM diadakan di Karnival Jom Heboh Johor Bahru 2024, bermulai hari ini dan esok.

Hiburan Mon, 1 Apr 2024

Ada Terima Mesej Wanita Tawar Jadi Madu, Elizad Reda Sekiranya Suami Nak Kahwin Lain Demi Anak

Kuat semangat Elizad, semoga ada rezeki timang cahaya mata ❤️😢

Featured Thu, 5 Feb 2026

Atikah Suhaime Bersuara Soal Nafkah, Minta Wanita Jangan Tanggung Segalanya

Atikah berkata, setiap wanita selayaknya dilayan seperti puteri meskipun mampu hidup berdikari.

Trending Thu, 23 Jan 2020

Lelaki Di Bawah Pengaruh Dadah Langgar Empat Kenderaan Direman

Seorang lelaki di bawah pengaruh dadah yang membuat kekacauan di sebuah kedai dan melanggar empat kenderaan termasuk sebuah motosikal semalam, ditahan reman selama empat hari bermula 20 Januari, bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Port Dickson […]

error: Content is protected !!