Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 3, 2025 @ 7:41pm

Sharnaaz Ahmad Ambil Masa 6 Bulan, Sasar Turun Berat Badan 70 Kilogram Demi Watak

Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad mengakui dia kini sedang membuat persediaan untuk melakonkan watak Reza (watak dalam Polis Evo 3).

Katanya, untuk membuat persediaan melakonkan watak tersebut, dia mengambil masa selama enam bulan untuk mendapatkan sosok badan yang diinginkan.

“Tahun ini saya kena selesaikan Reza (watak) yang memerlukan saya kena turun berat badan kepada 70 kilogram.

“Jadi, saya perlu ambil masa kira-kira enam bulan untuk dapatkan berat badan ideal kerana perlu membawakan watak aksi,” katanya.

Sharnaaz yang juga teraju utama filem aksi box offixe, Blood Brothers: Bara Naga menjelaskan, untuk melakonkan watak filem bergenre sedemikian, tahap kecergasan adalah penting apatah lagi usianya kini sudah menginjak 40 tahun.

“Saya perlukan tahap kecergasan diri saya seperti orang muda. Sekarang pun umur saya dah 40 tahun.

“Kalau saya mampu dapatkan macam usia 32 tahun semula, itu dah sangat best,” kongsinya.

Sekadar info, Filem Blood Brothers : Bara Naga arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra terus mendapat sambutan luar biasa dengan mencecah kutipan RM70 juta dalam tempoh 25 hari tayangan di pawagam seluruh tanah air.

Selain Sharnaaz, antara barisan pelakon hebat yang membintangi filem ini adalah, Syafiq Kyle, Shukri Yahya, Amelia Henderson, Andy Teh, Irfan Zaini, Zamarul Hisyam dan ramai lagi.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 Mar 2022
Hiburan Tue, 24 Jun 2025
Hiburan Wed, 25 Oct 2023
Events Wed, 15 Jan 2020

林德荣自认NG王!与尹汇雰对戏「忍笑忍到内伤」

曾参与过无数演出的林德荣,自认在拍摄《作战啦!茶室总动员》是NG王,跟尹汇雰的对手戏更是 “忍笑忍到内伤!”

Hiburan Tue, 25 Jun 2024
Kisah Viral Tue, 10 Feb 2026

Didakwa Mencanang Kemelut Rumah Tangga Kak Nona, Kak KM Luah Rasa Kecewa – “Jangan Petik Nama Saya”

Kak KM kecewa apabila dia dituduh mencanang kemelut rumah tangga Kak Nona.

Featured Tue, 16 May 2023
Featured Fri, 3 Apr 2020

Kagum lihat Raja Permaisuri Agong tetap memasak ketika kuarantin  

Turut sedia sarapan untuk Yang di-Pertuan Agong

error: Content is protected !!