Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 1, 2024 @ 4:17pm

Ada Terima Mesej Wanita Tawar Jadi Madu, Elizad Reda Sekiranya Suami Nak Kahwin Lain Demi Anak

Pelakon, Siti Elizad tidak mengendahkan kiriman mesej di Instagram oleh kalangan wanita yang sanggup menawarkan diri untuk menjadi madu aktres ini.

Hampir 10 tabun mendirikan rumah tangga, Elizad berkata wanita-wanita tersebut sanggup menjadi isteri kedua kerana dirinya masih belum dikurniakan zuriat bersama suami.

Bagaimanapun, Elizad mendedahkan dia ada meminta suaminya untuk berterus terang sekiranya terdetik untuk berkahwin lagi demi mendapatkan anak.

“Ada wanita yang mesej saya di DM untuk tawarkan diri jadi nombor dua, termasuk ibu tunggal yang dah ada tiga anak.

“Ada yang sanggup untuk jadi isteri kedua. Macam-macam. Tapi saya tak ambil perkara itu serius sangat.

“Tapi saya ada tanya sendiri pada suami, kalau sebab anak dia nak kahwin lagi, beritahu. Saya tak nak gaduh-gaduh.

“Kalau betul dia nak pergi dekat orang lain (berkahwin lagi) sebab anak, saya reda.

“Sebab saya tahu saya ada kekurangan. Sedangkan suami sudah ada dua cahaya mata (hasil perkahwinan terdahulu),” katanya.

Elizad

Sementara itu, Elizad yang pernah menjalani rawatan keseuburan in-vitro (IVF) sebanyak dua kali mengakui dalam fasa reda masih belum dikurniakan cahaya mta, meskipun kadang kala perasaannya itu berubah.

“Sebagai orang perempuan, kadang-kadang perasaan itu tak menentu. Kalau hari ini saya kata okey, esok lain pula.

“Tapi kalau ikutkan saya sudah masuk ‘musim’ reda. Namun bila tengok kawan-kawan kongsi kehamilan mereka dalam media sosial, perasaan itu datang balik.

“Tapi sejujurnya, saya sudah reda dan enjoy. Maksudnya kalau kata ada (rezeki anak), adalah. Tapi kalau tiada, saya okey sahaja,” jelasnya.

“Belum ada rezeki. Doktor beritahu, saya dan suami sihat dan tidak ada apa-apa masalah. Cuma Allah kata belum ada rezeki lagi. Itu sahaja.

Elizad berkata dia dan suami tidak merancancang untuk mengambil anak angkat kerana melibatkan perasaan ramai pihak, meskipun dihujani rasa sunyi di rumah.

“Kadang-kadang rasa sunyi duduk rumah. Ada juga keluarga yang cadangkan untuk ambil anak angkat.

“Tapi saya dan suami masih belum lagi terfikir untuk ke fasa itu. Sebab perkara ini membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak,” tuturnya lagi.

Sebelum ini, dia pernah menjalani IVF pertama pada Februari 2020 sebelum disahkan mengalami keguguran pada November tahun yang sama.

Elizad mendirikan rumah tangga bersama suami, Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

Artikel Berkaitan: Siti Elizad Gagal IVF Kali Kedua, Tak Mahu Fikir Soal Anak Demi Jaga Kesihatan Mental

Artikel Berkaitan: 9 Tahun Menanti Zuriat, Siti Elizad Syukur Keluarga Tak Pernah Tanya Soal Anak

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Disyaki Jarang Masak Gara-Gara Dapur Sentiasa Bersih, Siti Elizad Kongsi Bukti Suami Rajin Mengemas – “Peneman Hidup, Walaupun..”

Artikel Berkaitan: Ditegur Kerap ‘Ride’ Moto Punca Sukar Istiqamah, Siti Elizad Buka Mulut

Sumber: Kosmo!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Sep 2021
Hiburan Thu, 27 Jun 2019

梁静茹706办《我好吗?-太阳如常升起》唯一一场分享会

「情歌本格派」回来啦!梁静茹将于7月6日,在吉隆坡举办《我好吗?-太阳如常升起》唯一一场分享会。

#tilljannah Wed, 26 Mar 2025

Gabungan Warisan & Keunikan Malaysia! Ini Makna Disebalik Logo VM2026

Sedia maklum, kempen Melawat Malaysia (Visit Malaysia 2026 atau VM2026) telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sempena VM2026, logo rasmi turut dilancarkan dan boleh dikatakan logo ni memang berada di kelas tersendiri! […]

Hiburan Wed, 7 Aug 2019

SM Super Boy Group Sets to Debut featuring Members of SHINee, EXO and NCT

Can you imagine the power they’ll have? OMG! Wig!

Featured Wed, 9 Apr 2025

“Ia Buat Saya Fikir Soal Kematian”- Alami Serangan Jantung, Zamarul Hisham Kongsi Status Kesihatan

Pelakon versatile, Zamarul Hisham mengaku keadaan kesihatannya kini bertambah baik.

Trending Tue, 26 Apr 2022

Tol Percuma, Diskaun Pergi dan Balik Sempena Sambutan Aidilfitri

Berita baik! Tol percuma dan diskaun tol 30 dan 50 peratus dapat meringan beban rakyat untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya.

Featured Tue, 31 Dec 2024

“Aku Bukan Penyondol Biasa-Biasa”- Compare Diri Dengan Sophia Albarakbah, Sharifah Sakinah Geram Dikutuk Nampak Tua

Sebagai pelakon Sakinah tidak keberatan ubah penampilan sesuai kaakter yang diberikan.

Hiburan Tue, 25 Jun 2024
error: Content is protected !!