Euforia Bola 2026
#tilljannah By: Nabihah March 26, 2025 @ 11:01am

Gabungan Warisan & Keunikan Malaysia! Ini Makna Disebalik Logo VM2026

Sedia maklum, kempen Melawat Malaysia (Visit Malaysia 2026 atau VM2026) telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sempena VM2026, logo rasmi turut dilancarkan dan boleh dikatakan logo ni memang berada di kelas tersendiri! Bukan sekadar cantik di mata, tapi penuh dengan elemen yang mencerminkan budaya, keindahan alam dan kemajuan negara kita.


Tak percaya? Jom kita kupas satu per satu apa yang menarik tentang logo ni!

Makna dan konsep disebalik logo VM2026

VM2026

Setiap elemen yang ada dalam logo ni ada makna tersendiri. Bunga Raya, sebagai bunga kebangsaan Malaysia, melambangkan semangat perpaduan dan keharmonian rakyat.

Dari segi mesej, logo ni nak tunjukkan bahawa Malaysia adalah tempat yang kaya dengan budaya, keindahan alam semula jadi dan kemajuan teknologi.

Manakala dari segi rekaan yang diilhamkan dari batik pula melambangkan perpaduan dan tradisi lima kumpulan etnik utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Bukan itu sahaja, beruang matahari dipilih sebagai ikon dan maskot bagi VM2026. Beruang matahari dipilih kerana ia merupakan spesis beruang terkecil di dunia dan merupakan spesies yang unik serta asli di kawasan tropika Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Dengan tagline ikonik ‘Malaysia, Truly Asia’, logo ni mengukuhkan lagi imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Setiap elemen dalam logo ni bagaikan penceritaan visual tentang apa yang menjadikan Malaysia unik dan istimewa di mata pelancong. Serius, kalau tak terokai Malaysia, memang rugi!

Malaysia bakal jadi tumpuan dunia

Pelancaran logo VM2026 ni memang tepat pada masanya! Dengan persediaan hebat termasuk peningkatan infrastruktur dan pelbagai tarikan pelancongan baru, Malaysia dijangka bakal menerima lonjakan pelancong yang lebih tinggi menjelang 2026.

Bukan sahaja sektor pelancongan yang bakal berkembang, malah ekonomi negara pun akan dapat manfaat besar dari segi industri perhotelan, perkhidmatan dan industri kreatif.

So guysready ke nak explore keindahan Malaysia dalam kempen Visit Malaysia 2026?

Pastikan korang stay tuned untuk lebih banyak info menarik tentang kempen ni! Layari laman sesawang ini untuk maklumat lanjut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Sep 2021

Bergambar Bersama Kereta Mewah Ford GT, Hadiah Peribadi TMJ Buat The Pocket Rocket Man Undang Spekulasi Ramai

Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan ganjaran kepada  kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocket Man di atas pencapaiannya di Sukan […]

Featured Wed, 2 Jul 2025
Featured Mon, 12 Sep 2022
Trending Mon, 4 Jun 2018

手指上长出一整排臼齿「惊悚指甲彩绘」胆大才能驾驭

对于女人来说,有干净、漂亮的美甲,已经成为每天造型重要一环,想要来点新鲜的,可以挑战惊悚系指甲彩绘,在手指上打造出逼真的臼齿、鼻子,毛到让人头皮发麻,胆子够大才能驾驭。

Featured Wed, 7 Sep 2022
Featured Wed, 30 Nov 2022

Susulan Kes Dadah, Farid Kamil Didenda RM5,000 & Terlepas Hukuman Penjara 9 Bulan

Saya gembira kerana kes ini telah selesai di peringkat rayuan – Farid Kamil

Kisah Viral Thu, 6 Jul 2023
error: Content is protected !!