Euforia Bola 2026
Featured By: Nurul Hana July 6, 2023 @ 9:31pm

Disimbah Darah Ayam & Identiti Dicuri, Affizza Azmi Kongsi Pengalaman Sebagai Penyampai Berita

Penyampai berita TV9, Affizza Azmi berkongsi pengalaman buruk sepanjang menjadi seorang penyampai berita.

Affiza memberitahu dia pernah mempunyai peminat fanatik yang menyamar dan mencuri identiti dirinya di media sosial.

Tambahnya lagi, mereka terpaksa membuat laporan polis terhadap tindakan peminatnya itu kerana mungkin dapat mengancam dan memburukkan imej dirinya sebagai penyampai berita.

“Sebagai penyampai berita, sudah semestinya akan ada kenangan manis dan pahit. Saya pernah dapat surat-surat cinta dan surat layan yang entah daripada mana.

“Ada yang fanatik sampai saya perlu buat laporan polis sebab dia menyamar jadi diri saya, dia adalah penyampai berita TV9 dan dia adalah Affizza Azmi.

“Apa yang ada dalam laman media sosial saya, dia gunakan dan menjalani hidup yang sama sehingga orang ingat yang saya ada akaun kedua. Saya sehingga buat laporan polis dan terpaksa melibatkan pengurusan kerja saya.

“Kadang-kadang mungkin dia boleh mencemarkan imej atau salah guna gambar saya. Mungkin boleh menganggu kehidupan orang lain atau menipu duit orang lain dengan guna akaun saya ke.

“Sampai kes polis kerana dia menggunakan gambar saya dengan membuat aktiviti yang tidak elok. Bila kita soal siasat, katanya dia adore dan terlalu nak menjadi diri saya sebagai penyampai berita tapi tidak dapat, jadi dia terus berimaginasi. Dia juga adalah seorang lelaki lembut,” katanya.

Affizza berkata demikian ketika ditemui sesi Media Interbiu bersama penyampai berita Buletin TV9 di WINDLAB Indoor Skydiving, One Utama, Petaling Jaya, semalam.

Dalam pada itu, Affizza turut pernah disimbah dengan darah ayam sejurus selepas sahaja dia pulang dari siaran langsung di tempat kejadian jenayah.

“Pengalaman seterusnya semasa saya menjadi wartawan membuat liputan serang hendap di tempat penjaja makanan di mana orang melayu berniaga makanan halal di dalam kedai cina yang menjual makanan tidak halal. Jadi, kami terus buat serang hendap dan liputan secara langsung di situ.

“Rupa-rupanya dekat sana ada taiko-taiko dan kita pula masa itu bulan liputan secara langsung beritahu yang tidak boleh sekalikan makanan halal dan haram dalam satu kedai.

“Balik daripada tempat kejadian, kereta saya penuh disimbah cat merah atau darah ayam, kiranya mereka beri amaran kepada saya sebab kacau kawasan mereka,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Affiza Azmi merupakan seorang wartawan lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam School of Mass Communication in Journalism University South Australia dan kini menjadi penyampai berita di TV9.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 5 May 2020
Hiburan Thu, 20 Sep 2018

“I Ate Cup Noodles for a Year…” – Nam Joo Hyuk Shares Difficult Past

It’s shocking that this prince-like man went through such hardship.

Eat Travel Fri, 27 Sep 2019
Featured Thu, 19 Mar 2020

Tudung labuh kekal popular dalam kalangan wanita hari ini

JimmyScarves hasil rekaan lebih kontemporari

Hiburan Thu, 5 Jun 2025

[VIDEO] Cik B Latih Muay Thai, Bodyguard Serah Badan Jadi ‘Puching Bag’

Cik B berlatih Muay Thai, bodyguard jadi punching bag

Featured Thu, 15 Sep 2022
Trending Fri, 13 Apr 2018

Parodi Dukun Rendang Ayam Crispy, Ubati Rindu Peminat Jihan Muse

Selepas sekian lama berehat untuk melahirkan cahaya mata sulungnya, pelawak dan pengacara Jihan Muse kembali menjayakan Parodi MeleTOP.

Sinonim dengan segmen berkenaan, Jihan beraksi menghidupkan watak utama dalam filem Dukun yang diterbitkan oleh Astro Shaw.

Eat Travel Tue, 20 Aug 2019
error: Content is protected !!