Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 9, 2025 @ 9:53am

Iklan Promo ‘Takde Tonton, Tak Nak Kawan’ Hangat Diperkatakan, Chemistry Jazmy Juma & Tracie Sinidol Buat Peminat ‘Cair’

Gandingan spontan Jazmy Juma dan Tracie Sinidol, atau lebih dikenali sebagai Jazcie, dalam iklan promosi terbaharu Tonton ‘Takde Tonton, Tak Nak Kawan’ kembali mencuri perhatian ramai. Video pendek itu mencetuskan fenomena kecil apabila peminat ‘tak dapat handle’ kemanisan interaksi mereka sehingga ruangan komen dipenuhi reaksi terhibur dan teruja.

Sebelum ini, Jazcie hanya dilihat sebagai pasangan baharu dalam dunia lakonan, namun kemunculan mereka dalam promo yang ringkas tetapi berkesan itu menonjolkan comedic timing yang cukup natural.

ARTIKEL BERKAITAN: Takde Tonton, Tak Nak Kawan! Tracie Sinidol & Jazmy Juma Dipilih Sebagai Wajah Baharu Tonton

Keserasian mereka yang selamba membuatkan penonton merasakan seolah-olah sedang menikmati sebuah adegan rom-com mini dan bukannya sekadar iklan promosi biasa.

@tontonmy

NI KAN YANG SEMUA TUNGGU? nak vitamin lagi kena bersabar okay? Min sentiasa bersama anda hehe!😍🫰🏼 Join Jazmy Juma & Tracie Sinidol sekarang! Tak tahu nak tengok apa? Semuanya ada kat Tonton! 🔥 Anime 🔥 K-Drama 🔥 Drama Melayu terhangat ▶️ Layan feeling korang 24/7 di phone atau Smart TV! Strim Secara Percuma, Langgan Lagi Layan! RM9.90 JE! #TakdeTontonTakNakKawan #JazmyJuma #TracieSinidol

♬ original sound – Tonton MY

Keterujaan netizen semakin menjadi-jadi apabila ramai mula ‘shipping’ mereka seperti pasangan sebenar. Soalan nakal seperti ‘bila nak kahwin?’ serta permintaan supaya kedua-duanya digandingkan dalam drama rantaian mula memenuhi media sosial, menandakan aura segar dan playful mereka sangat serasi dengan citarasa Gen Z.

Persoalannya kini, adakah Jazmy dan Tracie bakal diangkat sebagai wajah utama Tonton untuk tempoh lebih panjang? Apa pun, peminat seakan sepakat bahawa mereka adalah padanan paling tepat untuk menggambarkan vibe remaja masa kini.

Jangan lupa saksikan gelagat comel mereka dan strim pelbagai drama panas, k-drama serta anime menerusi Tonton! Untuk perkembangan terkini, ikuti platform rasmi @tontonmy di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 4 Jun 2019

Teruja Sampai Lupa Nak Beli Baju Raya, Doakan Abam!

Punya ler excited sampai terus lupa dibuatnya…

Trending Fri, 5 Jun 2020
Featured Tue, 23 Dec 2025

“Kalau Bekas Suami Tu Dah Nak Mamp*s, Tak Ada Lah Sakit Hati Kalau Tak Dapat Bayar Nafkah” – Rita Rudaini

Kata Rita, kegagalan menunaikan nafkah bukanlah perkara kecil dan tidak seharusnya dipandang remeh.

Featured Tue, 6 Sep 2022

Bertahan atau Pergi? Ini Respons Nad Zainal Kepada…

Berikan anda peluang kedua – Nad Zainal

Featured Sat, 30 Apr 2022

“Tiba-Tiba Check Akaun, Kosong! – Cik Jenny Menangis Duit Simpanan Dalam Akaun Lesap Dikebas Bekas Kekasih

Girls! Bercinta jangan sampai share hal peribadi macam ni… Ambil kisah Cik Jenny ni sebagai pengajaran dan hati-hati dengan sesiapa pun

Hiburan Thu, 18 Jun 2026

“Ingat Mama Papa Lupa…” – Yusoff Menangis Terharu Hari Jadi Diraikan Awal, Shahida Akui Anak Mudah Tersentuh

Yusoff berasa sangat terharu sehingga mengalirkan air mata kerana menyangka keluarganya terlupa hari lahirnya.

Trending Fri, 11 Dec 2020

1.4 Juta PKS Dapat Manfaat Bantuan Langsung

Teguh kita, menang bersama!

error: Content is protected !!