Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin June 3, 2026 @ 12:16pm

“Miskin Aku Dulu Sampai Baju Tak Cukup Kain, Sekarang Kepala Pun Dah Ada Kain Tutup” – Ozlynn

Pelakon dan pelawak, Ozlynn Waty mengakui kehidupannya kini lebih tenang selepas tampil mengenakan hijab.

Menurut Ozlynn atau nama lengkapnya, Rozlinawaty Ismail, 44, dia menyifatkan kehidupannya sebelum mengenakan hijab ibarat pengalaman paling miskin dalam hidupnya.

“Miskin saya dulu sampai pakai baju tidak cukup kain. Sekarang alhamdulillah sudah senang, kepala pun sudah ada kain penutup,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Bagaimanapun, isteri kepada penyampai radio popular, Johan itu mengakui dia kini masih belajar untuk kekal istiqamah dalam menjaga penampilannya sekali gus memohon doa orang ramai agar niatnya untuk menjadi seorang individu yang lebih baik termakbul.

“Pedih, tapi itu kenyataan. Dulu miskin ilmu akhirat, sekarang Insya-Allah perlahan-lahan kayuh (usaha) nak jadi kaya akhirat. Doakan aku ya,” jelasnya.

Pelakon filem Libang-Libu itu berkata demikian ketika membalas perkongsian seorang individu yang meminta orang ramai berkongsi pengalaman termiskin yang pernah berlaku dalam hidup.

Terdahulu, penampilan Ozlynn mengenakan tudung mencuri perhatian ramai selepas dirinya menunaikan ibadah haji pada 2024.

Susulan itu, pelakon tersebut mengakui dirinya kini sedang menikmati fasa penghijrahan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 22 Aug 2022

“Itu Perkara Normal” – 15 Tahun Dalam Industri, Yuna Lali Dikecam

Nama Yuna memang tidak asing lagi dalam dunia seni, bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara penyanyi berusia 35 tahun itu sering menjadi tumpuan peminat. Memetik laporan mStar penyanyi yang berpangkalan di Amerika Syarikat […]

Filem Tue, 25 Nov 2025

Guna 97% Tenaga Kerja & Pelakon Sarawak, Filem Azimat Tampilkan Kisah Seram Dalam Garapan Tersendiri

Filem Azimat mengangkat kisah Hanna, seorang gadis yang percaya bahawa seutas rantai azimat mampu mengubah nasib malangnya selepas berjumpa dengan seorang bomoh Iban.

Events Fri, 29 Mar 2019

Ada Apa Dengan Hael Husaini Dan ‘Lagu Cinta Kita?’

Hael Hussaini dan Scha Al Yahya bergandingan dalam ‘Lagu Cinta Kita’?

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Tahniah! Ruhainies Sudah Dilamar Mr E

Ruhainies langsung tidak menyangka kekasihnya itu melamar di lokasi berlatar belakangkan Plaza Duomo Milan.

Featured Wed, 8 Sep 2021

PPV Walk In Di Lembah Klang Diberhentikan Mulai 15 September

Susulan jumlah penerima vaksin yang semakin meningkat di Lembah Klang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba sebentar tadi memberitahu yang vaksinasi secara walk- in di Lembah Klang tidak lagi akan diberikan selepas […]

Hiburan Mon, 27 May 2019

Kassim Selamat Sudah Tiada…

Al-Fatihah…semoga roh beliau terus dicucuri rahmat.

Trending Wed, 6 Jul 2022

Yasin Sulaiman Terlepas Hukuman Gantung, Lepas Tanpa Bebas Daripada Tuduhan Edar Ganja

Alhamdulillah, bagaimanapun Yasin masih didakwa atas 2 pertuduhan lain

Trending Mon, 30 Nov 2020
error: Content is protected !!