Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 27, 2019 @ 7:00am

Kassim Selamat Sudah Tiada…

Penyanyi legenda muzik pop yeh yeh Kassim Selamat meninggal dunia, semalam.

Allahyarham Kassim Selamat atau nama sebenarnya Kassim bin Rahmat meninggal dunia kira-kira jam 3.30 petang di kediamannya di Yishun, Singapura.

Media Singapura turut melaporkan adik Kassim dikenali sebagai Cikgu Abdolah Lamat mengesahkan berita kematian arwah.

Malah, beberapa artis veteran tempatan dan Singapura antaranya Ogy atau Fauziah Ahmad Daud dan Rahimah Rahim turut berkongsi berita mengenai kematian arwah di laman sosial masing-masing sejak petang tadi.

“Berita pulangnya Haji Kassim Selamat ke rahmatullah baru ini. Alfatihah. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dalam rahmat Allah SWT. Amin!

“Salam takziah juga buat semua keluarga Allahyarham. Seorang penyanyi legenda 60-an yang saya hormati dan diantara lagu popular yang didendangkannya La Obe,” tulis Rahimah di laman Facebooknya.

Ogy pula menganggap Allahyarham bertuah kerana dipanggil ‘pulang’ pada bulan Ramadan.

“Saya peminat Allahyarham. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam golongan hamba-Nya yang soleh!” tulis Ogy.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun.

Sebelum ini, Kassim Selamat terkenal sebagai penyanyi utama kugiran Kassim Selamat & The Swallows.

Antara lagu-lagu popular kumpulan era 60-an itu yang malar segar sehingga ke hari ini ialah Nga Lompak A Go Go dan La O Be.

Kugiran itu juga antara nama-nama tersohor era pop yeh yeh selain A Ramli & the Rhythm Boys, Siglap Five, M Osman & the Clans dan Jefrydin.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Apr 2019

Isu ‘Sailang’ Tak Jejas Penyertaan, Star Vendors Himpun 36 Artis Popular!

Jangan ketinggalan untuk ke PWTC pada 24-26 Mei ini. Macam-macam ada tau!

Hiburan Thu, 14 Mar 2024
Hiburan Sun, 22 May 2022
Hiburan Mon, 19 Nov 2018

Fasha Sandha Kini Bergelar Tunang Aidil Aziz

Sama cantik sama padan, Tahniah Fasha Sandha & Aidil Aziz!

Events Thu, 17 Oct 2019
Hiburan Wed, 15 Jan 2020

Penangan PGL 2020, 5000 Tiket Terjual Walaupun Belum Ada Pelakon?

Siapa agaknya jadi Hang Tuah dan Gusti Puteri??

error: Content is protected !!