Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari November 1, 2023 @ 9:10pm

Walaupun Isteri Disebelah, Aiman Tino Dedah Ada Peminat Berani ‘Menggedik’ – “Ada Yang Cuba Sentuh…”

Penyanyi Aiman Tino mendedahkan bahawa ada peminat yang ‘menggedik’ dengannya walaupun isterinya berada di sebelah.

Malah, memetik laporan Harian Metro, Aiman menyatakan ada yang bertindak sehingga menyentuh bahagian lengannya.

“Tapi, masih ada juga yang ‘menggedik’ dengan saya walaupun isteri ada di sebelah.

“Setakat ini, tak ada yang hantar mesej bukan-bukan. Kalau berjumpa depan-depan, ada yang cuba duduk rapat-rapat sampai kita rasa tak selesa. Ada yang cuba sentuh lengan dan sebagainya. Tapi, tak ada yang hantar mesej bukan-bukan.

“Saya pun malas nak layan sebenarnya benda-benda begitu. Yang penting, mereka tahu hormat saya dan saya pun jagalah benda-benda begitu.

“Sebelum ini, saya memang suka untuk ramah mesra dengan peminat lelaki atau perempuan. Sekarang, saya dah tahu ada batasnya sebab ada isteri di sebelah,” jelasnya kepada Harian Metro.

Namun begitu, pelantun lagu Ku Rela Dibenci ini menyatakan dia bersyukur bahawa isterinya memahami kerjayanya dan bersikap profesional.

“Tapi, isteri saya memang benar-benar profesional. Saya tengok, dia macam okay sahaja. Tapi, balik rumah dia mulalah membebel. ‘Awak boleh ye senyum-senyum, layan lebih-lebih?’.

“Saya jelaskan kepada dia, itu cuma sekadar peminat. Tapi, saya memang kagum dengan sikap profesional dia di luar dan setakat ini, tak pernah terlepas lagi,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, ibu Aiman pernah mendedahkan ada peminat yang ingin membunuh diri kerana tidak dapat berkahwin dengannya.

Artikel Berkaitan: “Seram Sejuk Baca Ayat Dia” – Ugut Bunuh Diri Jika Tak Jadi Isteri Ke-2 Aiman Tino, Ibu Buat Laporan Polis

Untuk rekod, Aiman telah berkahwin dengan Syarah Haifa pada 27 April lalu.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Sep 2022
Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Hiburan Wed, 25 Jun 2025
Trending Tue, 17 Mar 2020

Jangan ‘Selfish’ Sebab Covid-19, PM Janji Bekalan Makanan Mencukupi

Diharap rakyat Malaysia sentiasa bertenang dan tidak pentingkan diri sendiri

Featured Fri, 9 May 2025

Komitmen Kerja Punca Tangguh Berhijab, Isyariana Percaya Pada Rezeki – “2018 Lagi Saya Dah Niat Tapi…”

Isyariana pernah menerima tawaran namun ditarik semula gara-gara imejnya kini yang sudah bertudung.

Hiburan Fri, 26 Jul 2019
Hiburan Mon, 4 Feb 2019

‘Ramailah Muka Macam Muka Sufian Suhaimi’- Netizen Terkejut Gambar Intim Tersebar

Gambar yang diperoleh di akaun Twitter PenumpahTeh jelas memperlihatkan jejaka yang mirip pelantun Di Matamu ini sedang nyenyak tidur di sisi seorang wanita yang ditutup wajahnya.

error: Content is protected !!