Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi November 14, 2022 @ 12:51pm

“Saya Ada Bukti Kukuh Untuk Diberikan Kepada Mahkamah” – Bekas Suami Dakwa Kenyataan Lufya Palsu, Cuba Berbincang Soal Anak Tapi Dibalas Dengan Fitnah

Bekas suami kepada pelakon, Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Lufya baru-baru ini adalah tidak benar sama sekali.

Menerusi perkongsian terkini di laman Instagram, Che Hafiz juga memaklumkan dia tidak mengabaikan pemberian nafkah anaknya seperti yang didakwa Lufya sebelum ini.

“Pertama kali saya tidak hairan jika Lufya sanggup berbohong membuat kenyataan yang palsu yang berunsur fitnah kepada masyarakat. Saya lebih mengenali siapa diri dia.

“Tidak perlu untuk saya terasa atau berasa marah kepada netizen yang memberi reaksi seakan-akan membenci dan tidak menyokong kepada belah pihak saya seperti isu soal nafkah anak. Sebab apa-apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh dia adalah tidak benar sama sekali dan sudah diubah mengikut kehendak dia sendiri.

“Soal isu pemberian nafkah anak. Saya sebagai seorang bapa kandung sudah pasti saya tahu akan tanggungjawab saya dan sudah tentu saya tidak akan abaikan anak saya sendiri. Saya ada bukti yang kukuh untuk diberikan kepada pihak Mahkamah.

“Jadi saya harap dia gunakan saluran yang betul dan bukannya jadi seperti budak-budak main lepas perasaan di media sosial yang dimana perkara sebegini boleh menimbulkan spekulasi yang salah oleh masyarakat terhadap saya,” jelas Hafiz.

Che Hafiz juga memberitahu dia dan bakal isteri cuba untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik dan professional demi anak tetapi hanya mendapat respons negatif daripada Lufya.

“Saya lebih mengenali siapa diri dia dan aib dia juga selama ini saya simpan. Tidak pernah saya dedahkan di media sosial malah saya rasa tiada keperluan untuk menceritakannya sebab dia bukan lagi isteri saya yang sah dan kami pun sudah lama bercerai bukan baru bercerai 2 atau 3 bulan.

“Saya dan bakal isteri niat kami cuma nak cari jalan penyelesaian yang baik untuk Haura dan sudah cuba yang terbaik untuk berbincang dengannya (bukti ada) tetapi telah ditolak malah dibalas dengan kata-kata yang kurang sopan dan juga fitnah.

“Saya rasa dia sudah melampau dan saya harap dia dapat menggunakan saluran yang betul bagi menyelesaikan isu yang ada dan jika benar dia ingin selesai isu tersebut dengan baik.

“Be more professional dan jangan libatkan orang yang tidak sepatutnya seperti keluarga saya dan juga bakal isteri,” tutup Hafiz.

Awal November ini Lufya mendakwa bekas suami memandang ringan isu nafkah apabila memasukkan nafkah sesuka hatinya.

Sebelum ini, tuntutan nafkah pelakon, Lufya terhadap bekas suami, Dr Che Muhammad Hafiz untuk anaknya seakan tiada kesudahan apabila kes sudah ditutup pihak Mahkamah Syariah sejak Mac lalu.

Untuk info, Lufya dan Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 2016 dan memiliki anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia lima tahun namun bercerai pada Jun 2020.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 13 Feb 2021

“Sebelum Ni Kan Selalu Happy Je” – Kaka Azraff Throwback Kenangan Putus Cinta Gara-Gara…

Penyanyi Kaka Azraff mendedahkan dia mengimbas kenangan pahit sewaktu bercinta untuk menjiwai lagu duet terbarunya yang berjudul Karma. Gabungan Kaka bersama bintang Brunei yang popular di Indonesia, Jaz kian mendapat perhatian ramai kerana lagu itu […]

Hiburan Sat, 23 Nov 2019

Alhamdulillah…Haqiem Rusli Bawa Keluarga Tunai Umrah 28 November Ini

Alhamdulillah… Semoga semua urusan dipermudahkan buat Haqiem & keluarga.

Featured Sun, 2 Oct 2022
Featured Thu, 9 Oct 2025

Ammar Ahyan Dapat Kereta Porsche, Netizen Komen -“ Tak Sia-Sia Kena Paksa Buat Live”

Dalam pada itu, Aliff dan Shahida juga sempat menitipkan pesan agar anaknya itu sentiasa bersyukur, tidak mudah dan lupa diri.

Featured Tue, 6 Jun 2023

Dikritik Seksi, Kasih Iris Leona Luah Rasa Kecewa – “Tubuh Saya, Pilihan Saya! Tak Ada Kena Mengena Langsung Dengan…”

Kalau b*ah d*da Saya kecil, saya 100% yakin semua orang tak akan kisah mengenai penampilan saya – Kasih Iris Leona

Hiburan Tue, 18 Feb 2025

“Bila Orang Tegur & Masih Kenal, Saya Segan..” – Malek Noor Selesa Hidup ‘Low Profile’

Datuk Malek Noor memilih untuk menjalani kehidupan secara sederhana.

Hiburan Sun, 16 Dec 2018

Makin Cantik, Lia Natalia Susut 30 Kilogram Sebab Nak Kahwin?

Pelakon berusia 26 tahun ini memang makin cantik, apa rahsianya ya?

error: Content is protected !!