Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 13, 2021 @ 3:07pm

“Sebelum Ni Kan Selalu Happy Je” – Kaka Azraff Throwback Kenangan Putus Cinta Gara-Gara…

Penyanyi Kaka Azraff mendedahkan dia mengimbas kenangan pahit sewaktu bercinta untuk menjiwai lagu duet terbarunya yang berjudul Karma.

Gabungan Kaka bersama bintang Brunei yang popular di Indonesia, Jaz kian mendapat perhatian ramai kerana lagu itu merupakan runut bunyi bagi drama bersiri Takdir Yang Tertulis yang sedang hangat bersiaran di TV3.

“Sebelum ini, lagu-lagu saya selalu kedengaran happy dengan muzik yang rancak. Kalau lagu putus cinta pun, ia masih kekal dengan rentak yang up-beat.

“Menerusi Karma, cabaran utamanya ialah lagu ini bergenre balada. Jadi, saya harus suntik penghayatan yang baik.

“Saya ada mengimbas kembali kenangan gagal bercinta suatu ketika dahulu untuk menambahkan lagi penghayatan dalam lagu ini.

“Saya cuba bayangkan detik itu di mana jiwa rasa terluka dan cinta tak menjadi, tapi bukanlah seratus peratus penghayatan lagu ini bergantung kepada memori pahit yang diimbas kembali itu,” katanya.

Kaka ditemu bual menerusi sidang media virtual anjuran Sony Music Malaysia sempena pelancaran muzik video rasmi Karma.

Dalam pada itu, Jaz pula gembira kerana mendapat kesempatan untuk memperkenalkan diri di Malaysia.

“Saya memang sudah lama menyimpan impian untuk meneroka pasaran muzik Malaysia. Saya sangat senang dapat berpadu suara dengan Kaka dan bersyukur kerana meraih kesempatan ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jaz (@jaz_hayat)

“Lagu ciptaan Farouk Roman dan Aisha Retno ini snagat menarik kerana ini juga merupakan kali pertama saya menyanyikan lagu balada. Saya harap perkara ini menjadi titik tolak untuk mengembangkan karier saya di Malaysia,” kata Jaz.

Jangan lupa saksikan Takdir Yang Tertulis di slot Samarinda setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam hanya di TV3!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jaz (@jaz_hayat)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 18 Mar 2021

“Kalau Tak Boleh Tag Instagram Seseorang, Terus Orang…” – Aishah Jawab Dakwaan Tak Bertegur Dengan Siti Nurhaliza, Rupanya-Rupanya…

Penyanyi otai, Aishah menjawab gosip yang mendakwa dirinya dan penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak bertegur sapa. Aishah yang menggantikan Siti menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang berlangsung […]

Featured Fri, 19 May 2023
Trending Tue, 13 Jul 2021
Featured Sun, 30 Apr 2023
Featured Thu, 19 Aug 2021

#JusticeForBella, Pengasas Rumah Bonda Bakal Didakwa Di Mahkamah

Isu penderaan seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down, Bella yang tular di media sosial dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan dikenali Rumah Bonda masih belum menemui titik penamat. Terbaru, suspek utama kes penderaan Bella yang juga […]

Featured Mon, 13 Mar 2023
Featured Thu, 19 Aug 2021

PN Setuju Secara Bersyarat Namakan Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri

Perikatan Nasional (PN) sebulat suara bersetuju mencalonkan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang baharu secara bersyarat. Menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sokongan itu […]

error: Content is protected !!