Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 25, 2023 @ 10:24am

9 Tahun Menanti Zuriat, Siti Elizad Syukur Keluarga Tak Pernah Tanya Soal Anak

Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin mendedahkan walaupun dalam tempoh 9 tahun perkahwinan, namun dia bersyukur dikurniakan bapa dan mentua yang baik.

Katanya menerusi temubual di TikTok, dia kagum apabila bapa dan mentuanya itu tidak pernah bertanyakan tentang perihal anak kepadanya.

“Saya kagum apabila mentua saya dan bapa saya tak pernah tanya bila nak ada anak sebab kalau ikutkan dalam adik beradik saya semua ada anak ramai tapi bila part saya tak ada.

“Tapi itulah, Allah hadirkan cahaya mata yang ramai tu kiranya macam pengganti lah untuk happy kan dia,” katanya.

‘Orang tak tahu macam mana struggle nya saya’

Sebak berkongsi mengenai perkara itu, Elizad juga kelihatan beberapa kali mengesat air matanya apabila berkongsi bahawa sepanjang tempoh perkahwinannya itu dia tidak pernah sekali pun berhenti berusaha untuk mendapatkan anak.

“Sebab orang tahu  macam mana struggle kita pergi berubat, berikhtiar.

“Kalau ikutkan tahun depan saya dah nak masuk 10 tahun kahwin.

“Orang tak tahu kita pergi berubat tapi itulah belum ada rezeki anak lagi,” jelasnya.

Terdahulu, Elizad pernah menjalani proses rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) beberapa kali sebagai ikhtiar untuk hamil cahaya mata pertama, namun masih belum dikurniakan rezeki sehingga kini.

Sekadar info, Elizad dan suami mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin pada 11 Januari 2015.

 

@sinar_my Ibu bapa mentua dan ayah Elizad tak pernah bertanya perihal anak. Dapat ibu bapa yang memahami yang sentiasa mendoakan. InsyaAllah kami doakan semua pasangan yang berusaha dapatkan zuriat dikurniakan zuriat suatu hari nanti. Amin ❀ #PagiDiSINAR #fypă‚· #xyzbca #SitiElizad #ElizadSINAR #ttc ♬ original sound – SINAR

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 14 Sep 2025
Featured Thu, 9 Apr 2026

“Kita Nak Kumpul Semangat Berjuang, Cover Sikit Bitter Tu”  – Tiz Zaqyah Mohon Netizen Berhenti Kecam Peserta Sumud 2.0

Pelakon Tiz Zaqyah tampil menyuarakan pandangan susulan kecaman segelintir netizen terhadap peserta misi kemanusiaan Sumud 2.0, khususnya melibatkan penglibatan wanita.

Hiburan Fri, 27 Dec 2019

Joked About Being Single, Neelofa Caught On Camera Glaring At Nabil

Maybe the joke was a bit too sensitive for her?

Filem Thu, 2 Nov 2023
Featured Fri, 11 Aug 2023
Trending Thu, 14 Apr 2022
Trending Sun, 6 Dec 2020

Gantikan Judika Di SFMM35, Afif Tirmizie Kini Muncul Dengan Single Maaf

Ni identiti lelaki yang gantikan Judika masa SFMM25 hari tu!

error: Content is protected !!