Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain June 15, 2022 @ 7:04pm

Che Ta & Zain Saidin Naik Pelamin Sempena 10 Tahun Anniversary, Kawan Baik Taja Majlis Bernilai RM100,000

Sempena ulang tahun perkahwinan yang mencecah 10 tahun, pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin naik pelamin sekali lagi.

Majlis yang diberi nama Malam Berinai Rozita Che Wan & Zain Saidin 2022 itu juga merupakan hadiah daripada sahabat baik pelakon wanita itu yang juga seorang usahawan terkenal, Anas Zahrin.

Menurut Anas, majlis tersebut diadakan sebagai tanda persahabatan mereka setelah melalui pelbagai pahit manis kehidupan yang telah melebihi 10 tahun.

“Sebenarnya majlis in adalah hadiah dari saya but sahabat, kakak serta orang yang sangat rapat dengan saya iaitu Rozita Che Wan dan Zain Saidin, sepanjang lebih 10 tahun mengenali mereka, terlalu banyak kenangan manis, suka, duka bersama.

“Dari saya bermula sebagai jurugambar sehingga menjadi seorang usahawan. Jadi sebagai tanda persahabatan kami, saya menghadiahkan majlis ini but kedua insan ini,” kata Anas.

Dalam pada itu, Rozita Che Wan yang lebih mesra dikenali sebagai Che Ta turut memuji sikap pemurah sahabat baiknya yang juga merupakan seorang usahawan terkenal.

Difahamkan, tajaan yang diberikan oleh Anas untuk merealisasikan majlis itu bernilai RM100,000.

“Saya tak terkejut sebab Anas tu memang sangat pemurah. Sejak saya kenal dia 12 tahun, belum pernah lagi kitorang makan saya dapat belanja. Semua dia nak bayar. So, kalau saya dapat hadiah ni daripada dia memang tak terkejut,” kata Che Ta.

Dalam pada itu, mereka turut melancarkan produk Inai Che Ta ketika majlis yang diadakan di Glam Hall, Damansara, semalam.

Menurut Che Ta, majlis yang bertemakan tradisional itu dirancang pada saat akhir kerana awalnya mereka hanya ingin melancarkan Inai Che Ta tersebut di sebelah petang.

Che Ta dan Zain Saidin telah mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana.

Che Ta turut memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulunya iaitu Ammar Effendy, dan Aniq Ezzra.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 May 2020
familuv Mon, 27 Aug 2018

Lidah Bayi Anda Ada Kesan Kotoran Putih? Ikuti Cara-Cara Pembersihan Ini

Ia mesti dibersihkan, supaya bakteria tak membiak!

Hiburan Sun, 11 Feb 2018

Nad Zainal Cuba Aiskrim Sotong Gergasi

merasa aiskrim sotong gergasi lengkap bertentakel dan disaluti coklat cair.

Trending Wed, 18 Jul 2018

Catwalk Sambil Menyusukan Bayi. Hebat Mara Martin!

Mara Martin menyusu dan mengendong anaknya, Aria ketika pertunjukan baju renang tahunan, Sports Illustrated.

Featured Wed, 13 Oct 2021

Hadir Ke Mahkamah Syariah Bersama Suami, Siti Saleha Fail Tuntutan Cerai

Pergolakan rumah tangga aktres jelita, Siti Saleha menjadi persoalan ramai apabila pelakon itu didakwa hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu bagi sebutan kes perceraiannya. Menurut laporan sebuah portal, prosiding dilakukan di […]

Featured Thu, 25 Aug 2022

“Ini Rezeki Allah Bagi” – Tak Sampai Sehari, Tudung Wawa Zainal Sold Out, Raih Hasil Jualan RM2.5 Juta!

Alhamdulillah rezeki Wawa. Tak sampai 24 jam, 90,000 helai dah sold out! 🤯

error: Content is protected !!