Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom July 18, 2018 @ 6:00pm

Catwalk Sambil Menyusukan Bayi. Hebat Mara Martin!

Aksi seorang model menyusukan bayinya sambil berjalan di pentas peragaan telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengunjung acara itu yang berlangsung di Miami.

Mara Martin turut mengendong anaknya, Aria ketika pertunjukan fesyen baju renang tahunan, Sports Illustrated pada Ahad lalu.

“Saya seperti tidak percaya kerana menjadi tajuk utama berita hanya kerana melakukan perkara yang saya buat setiap hari,” katanya menerusi akaun Instagram miliknya.

Kebanyakan pengguna media sosial bagaimanapun memuji tindakan model itu yang dianggap memberi inspirasi, malah ada yang mendakwa dia sengaja mahu mencari perhatian.

Foto: Hijab & Heels Archive

Difahamkan, Mara adalah salah seorang daripada finalis yang dipilih untuk menyertai acara pembukaan itu.

Dia tampil di pentas dengan memakai bikini berwarna keemasan sambil menyusukan Aria.

Bayi perempuan itu turut dipakaikan fon kepala untuk melindunginya daripada bunyi bising muzik dan orang ramai.

“Cerita saya hanya menjadi seorang ibu, menyusukannya sambil bekerja (catwalk),” ujarnya selepas mendapat pelbagai respons.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 23 Mar 2020

“Duduk Rumah Boleh Tidur Peluk Suami Lama-Lama,”- Che Ta Ajak Netizen ‘Stay At Home’

Ekoran penularan pandemik Covid-19 yang sudah memasuki gelombang kedua pada waktu ini, rata-rata artis Malaysia dan para influencers tidak melepaskan kesempatan memberi nasihat kepada rakyat  Malaysia untuk mematuhi arahan Kawalan Pergerakan yang telah telah dijalankan […]

Trending Sat, 16 Mar 2019

Lepas 5 Hari Suntikan Botox, Wanita Maut

Seorang ejen hartanah yang berusia 32 tahun telah meninggal dunia pada 13 Mac lalu, ia beberapa hari setelah beliau mendapatkan suntikan botox di sebuah klinik estetik. Dikatakan bahawa wanita itu terkena serangan jantung dan sawan […]

Featured Sun, 10 Oct 2021

Rentas Negeri Dibenarkan Mulai Esok Buat Semua

Kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk rakyat Malaysia yang sudah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula esok. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pergerakan itu boleh dilakukan tanpa memerlukan kebenaran Polis […]

Featured Wed, 17 Nov 2021

Ikon Hijab Hana Tajima Tampil Dengan Imej Nampak Rambut, Akui Hadapi Tekanan

Pernah menjadi inspirasi buat ramai wanita untuk berhijab suatu ketika dahulu, Hana Tajima baru-baru ini mendedahkan imej baharunya yang menampakkan sebahagian rambut menerusi perkongsian di Instagram pada Ahad. Menurut Hana, dia mulai faham mengapa ‘role […]

error: Content is protected !!