Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 22, 2025 @ 7:07pm

Gandingkan Remy Ishak, Aghniny Haque & Siti Khadijah Halim… Filem ‘Khadam’ Angkat Tema Seram, Tampil Latar Masa Era 50-an

Dunia perfileman tempatan bakal digegarkan dengan kemunculan Khadam, sebuah filem seram baharu hasil kerjasama dua nama besar produksi Malaysia, Red Communications dan Komet Productions.

Mengambil latar Malaysia pada era 1950-an, karya ini menjanjikan pengalaman mendebarkan dengan gabungan mistik Nusantara, sinematografi penuh emosi serta karakter yang sarat makna.

Barisan pelakon yang membintangi Khadam membuktikan keseriusan projek ini. Turut terlibat ialah bintang seram Indonesia, Aghniny Haque yang terkenal melalui KKN Desa Penari dan Pemandi Jenazah, bergandingan dengan pelakon versatil tanah air, Datuk Remy Ishak serta pelakon muda berbakat besar, Siti Khadijah Halim.

Berdiri di belakang layar, Red Communications yang pernah melahirkan filem ikonik seperti Istanbul Aku Datang, Kami The Movie dan Songlap, sekali lagi tampil berani dengan genre seram-serius. Mereka digandingkan dengan Komet Productions, syarikat produksi Asia Tenggara yang berpengalaman luas menerbitkan karya antarabangsa termasuk Blood Brothers Bara Naga, Ejen Ali The Movie 2 dan Siksa Kubur.

Menariknya, Khadam turut berjaya menarik perhatian syarikat produksi antarabangsa seperti Sil Metropole dari Hong Kong dan Applause Entertainment dari India. Penglibatan mereka memperlihatkan potensi besar filem berakar budaya Asia Tenggara di pasaran global. Projek ini turut menerima sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Diarahkan oleh Shamyl Othman, pengarah yang mencipta kejayaan besar menerusi filem seram Rahsia (2023), Khadam menampilkan skrip tulisan Fariza Azlina Isahak, penulis prolifik di sebalik Kami The Movie dan Songlap. Kisahnya berpusat pada watak Melor yang selepas kematian ibunya, terpaksa mewarisi saka keluarga. Namun, pewarisan gelap itu mula menguasai hidupnya sehingga dia terpaksa berpacu dengan masa untuk menyelamatkan anak perempuannya daripada ditimpa nasib sama.

Lebih daripada sekadar filem seram, Khadam turut menjadi cerminan cabaran seorang wanita berdepan dilema keibuan, tradisi serta mitos yang membelenggu hidupnya. Gabungan cerita penuh emosi dengan elemen seram dijangka memberi kesan mendalam kepada penonton.

Kerjasama antara Red Communications dan Komet Productions ini dilihat sebagai langkah memperkukuh industri perfileman tempatan. Dengan menghimpunkan bakat terbaik rantau ini, Khadam diharap mampu membuka jalan menembusi pasaran penonton Asia Tenggara.

Penggambaran dijadual bermula pertengahan September 2025, manakala tayangan dijangka berlangsung pada 2026 di pawagam seluruh negara serta pasaran serantau terpilih. Filem ini turut menampilkan Jun Lojong serta adik-beradik Zarra Zhaff dan Karl’El sebagai pelakon kanak-kanak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 1 Dec 2025

Anzalna Nasir Syukur Suami Izin Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa – “Dia Mampu Sediakan Semuanya”

Anzalna syukur suami mampu sediakan keperluan dan memberi keizinan untuknay menjadi suri rumah sepenuh masa.

Hiburan Sun, 4 Aug 2019

Hafiz Hamidun Pilih November?

Sebelum ini, Hafiz dilaporkan rapat dengan seorang Instafamous dari Indonesia.

Hiburan Mon, 23 Apr 2018

茜拉婚礼星光熠熠 现场800人送祝福

27岁的茜拉(Shila Amzah)与28岁的丈夫哈里斯(Haris Elias)一对新人昨晚在布城五星酒店举行迎宾婚宴,与受邀出席的亲朋好友、粉丝和媒体一同分享喜悦!

Featured Thu, 12 Dec 2024

Zahnita Wilson Akui Berdepan Halangan Bertemu Anak-Anak Termasuk Diminta Buat Ujian Saringan Air Kencing

Kata Zahnita, dia tidak tahu menahu mengenai sebab sebenar dia diminta melakukan ujian saringan tersebut.

Featured Thu, 21 Oct 2021

Netizen Kagum Anak Aliff Syukri Baru Umur 4 Tahun Dah Berani Naik ‘Flying Fox’

Putera bongsu kepada usahawan dan penyanyi Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida, Yusoff Al Qardawi telah menarik perhatian orang ramai dengan keberaniannya. Baru-baru ini, Yusoff sekali lagi menunjukkan keberaniannya dengan menaiki ‘flying […]

Hiburan Sat, 22 Feb 2025
Featured Sat, 24 May 2025

Konsert ‘Desaku Mendunia’ Raikan MAWO, Tampil Jamal Abdillah & Dayang Nurfaizah

MAWO bakal harum nama negara di Prague, Republik Czech.

Trending Sun, 28 May 2023
Hiburan Tue, 19 Feb 2019

Fiza Thomas Takut Kongsi Pentas Dengan Nabila Huda?

Fiza juga mengaku seorang yang ‘gila pentas’. Pantang nampak pentas, mood terus in character!

error: Content is protected !!