Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin May 28, 2023 @ 12:40pm

“Dia Budak Baik & Masih Boleh Dibentuk” – Neelofa Komen Isu Ameera Khan Tayang Foto Bikini Di IG

Mengulas lanjut mengenai isu foto bikini yang dimuat naik adiknya, Ameera Khan di laman sosial baru-baru ini, usahawan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor memaklumkan, dia dan adik beradik yang lain ada menegur tindakan Ameera atau dikenali sebagai Little Miss Khan.

Menurutnya,  jika timbul sebarang kontroversi melibatkan adik bongsunya itu, mereka akan mengambil pendekatan untuk menegur tidak kiralah secara pesanan di aplikasi WhatsApp ataupun berjumpa secara dua mata.

Menyifatkan Ameera sebagai seorang yang mendengar kata dan boleh menerima nasihat, maka ia lebih mudah untuknya dan Aqief memberi teguran dan nasihat kepadanya.

“Biasanya, Ameera akan dengar cakap saya dan Aqief. Saya juga boleh bercakap secara berdepan ataupun menghantar mesej di telefon jika ada perkara yang ingin diperkatakan.

“Sebagai keluarga, jika timbul sesuatu isu berkaitan dirinya, kami akan cuba meminta antara satu sama lain untuk menegurnya dan saya selesa untuk menggunakan kedua-dua cara itu,” katanya.

Terdahulu, Ameera, 22, memuat naik foto bikini merah di Instagram miliknya sekaligus mengundang pelbagai respons negatif dalam kalangan netizen.

Bahkan, ada yang tampil menegur tindakannya sebagai tidak menjaga aib keluarga.

Sekadar info, Ameera pernah mengambil keputusan untuk memadam akaun media sosialnya selepas dihenyak netizen dengan kata-kata kecaman terhadap penampilannya yang dikatakan terlalu mencolok mata.

 

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 21 Apr 2025
#tilljannah Sat, 24 Dec 2022

Kongsi Momen Sweet Bersama, Ramai Puji Hairul Azreen & Hanis Zalikha – “Favourite Couple!”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon Hairul Azreen di laman Instagram yang berkongsi momen bersama isteri tercintanya, Hanis Zalikha sehingga berjaya mencuri perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Hairul mengucapkan terima kasih kepada isterinya […]

Trending Thu, 21 Jun 2018

母牛以为自己要没命了「吓到狂流泪」没想到等待着它的却是天堂!

万物皆有灵性,动物在面对生命终结时,也会出于本能地感到恐慌与惧怕!

Trending Tue, 11 Sep 2018

Netizens Grieve Death of Char Kuey Teow Cook Aunty Gemok

Who’s gonna cook the delicious char kuey teow now? 🙁

Trending Tue, 19 Dec 2017

Lelaki Berpakaian Perempuan DiLaknat – Da’i Wan

Bimbang dengan aksi remaja lelaki yang berlagak seperti wanita dalam video yang tular di laman sosial.

error: Content is protected !!