Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 8, 2023 @ 2:47pm

Kongsi Foto Bersama Pelakon Popular Indonesia Refal Hady, Ramai Peminat Tak Keruan! Siap ‘Kenen’ Puteri Sarah Berjodoh Lagi!

Pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, sedang sibuk menguruskan kerjayanya di negera seberang.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sarah kini berada di Jakarta, Indonesia dan bertemu dengan pengarah filem popular, Hanung Bramantyo.

Dalam pada itu, Sarah mencuri perhatian apabila memuat naik foto berdua bersama pelakon kacak, Refal Hady, 29.

Perkongsian tersebut sekaligus meninggalkan pelbagai respons dalam kalangan pengikut dan peminat Sarah di platform berkenaan.

Malah, ada yang teruja dan tidak sabar menantikan karya terbaharu dari pelakon itu.

“Tak sabarnya dengan karya itu nanti.

“Ya Ampun kak Sarah, sama dengan Refal banget ni ceritanya. Jadi makin tak sabar menunggu macam mana projek ini nanti, yang pasti kami tunggu.

“Hanung Bramantyo kapan sih gagal filemnya. Tak sabar nak menonton!,”komen netizen.

Selain itu, ada juga segelintir peminat Sarah yang tampil mengusik dan berseloroh bahawa susuk Refal dan Sarah amat secocok.

Bahkan, ramai diantara peminat berkenaan yang mahu ‘menjodohkan’ mereka.

“Tu dia… dapat hero filem Refal terus!

“Ingat boyfriend tadi.

“Lagi ganteng ni Sarah. Kirim salam tau.

“Cocok ni Refalnya sama Sarah. Ganteng sama cantik!

“Lebih  ganteng Refalhady lah dari Syamsul.

“Yang ini lagi ganteng banget ya!,” komen netizen.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Hiburan Mon, 23 Apr 2018

茜拉婚礼星光熠熠 现场800人送祝福

27岁的茜拉(Shila Amzah)与28岁的丈夫哈里斯(Haris Elias)一对新人昨晚在布城五星酒店举行迎宾婚宴,与受邀出席的亲朋好友、粉丝和媒体一同分享喜悦!

Featured Wed, 28 Jun 2023
Trending Thu, 15 Jan 2026

Belajar Mandarin Sambil Rebut Hadiah Tunai, Tonton Perkenal Kempen ‘Tonton Ajar Mandarin’

Tonton memperkenalkan kempen baharu Tonton Ajar Mandarin, satu inisiatif yang menggabungkan hiburan dan pembelajaran bahasa dalam pengalaman yang lebih interaktif untuk pengguna.

familuv Mon, 20 Apr 2020

Pernikahan dalam talian hanya dibenarkan sepanjang PKP

Selangor turut benarkan pernikahan sidang video

Events Fri, 29 Dec 2017

RUNNING EVENTS AROUND KL YOU CANNOT AFFORD TO MISS IN 2018

It’s never too late to get that running resolution fulfilled *winks*

Fab Foodies! Mon, 6 Jan 2020
Featured Thu, 1 Dec 2022
error: Content is protected !!