Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi January 4, 2024 @ 4:11pm

Atu Zero Lupa Birthday Isteri Tapi Hadiahkan Dengan Bawa Pergi Masjid – “Terima Kasih Jadi Isteri & Ibu Yang Baik”

Perkongsian pelawak Atu Zero menjadi perhatian di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Atu atau nama sebenarnya, Sharif Kunal Doli Sharif, 32, membuat ucapan ulang tahun kelahiran isterinya, Shafeeqa Johari.

“Jujur saya cakap, minta maaf sayang sebab saya lupa lagi kali ini hari jadi sayang.

“Kalau tahun sebelum ini adik ipar saya kasi ingat, tapi kali ini apa pun tidak ingat. Minta maaf ya sayang @shafeeqa_johari

“Tidak banyak b mau cakap, terima kasih sudah menjadi isteri yang baik, ibu yang baik dan kawan yang baik. Kejayaan yang b ada sekarang ini, sayang adalah antara asbabnya.

“Semoga rahmat Allah SWT sentiasa bersamamu sayang,” tulisnya.

Menjengah ke profil Shafeeqa pula, dia turut membuat penghargaan kepada suaminya itu.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut terharu apabila Atu membawanya ke masjid pada hari istimewanya itu.

“Hadiah… tiada hadiah seindah hadiah darimu Ya Allah. Sebaik-baik pemberianmu adalah seorang suami kepadaku.

“Ditambah lagi dengan dua orang anak yang sentiasa menjadi ‘exam’ kehidupanku… kehidupan yang seimbang bersama, syukur Alhamdulillah.

“Officially 37. Terima kasih semua atas ucapan..anda tahu siapa anda.. saya sangat hargai.

“Terima kasih @akueatu atas hadiah di pagi hari… dia bawa pergi masji lepas tu terus pergi shooting.

“Doakan dia terus dilimpahi rezeki supaya pengurusan jenazah percuma kami dapat bergerak dengan lancar, itu hadiah yang paling sempurna buat saya,” tutupnya.

Untuk info, Atu dan isterinya aktif usahakan program pengurusan jenazah di Kudat, Sabah sejak 2019 lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Feb 2024
Hiburan Fri, 17 Nov 2023
Hiburan Wed, 25 Sep 2019
Featured Fri, 16 May 2025
Hiburan Thu, 5 Jun 2025
Featured Tue, 9 Sep 2025
Featured Wed, 10 Aug 2022

[VIDEO] Alif Hadi & Yasmin Hani Rancang Nikah Hujung Tahun Ini – “Kalau Boleh Nak Cepatkan”

Alahai comellll je pasangan ni! Masing masing so lovey dovey gituuuu

error: Content is protected !!