Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 19, 2023 @ 3:00pm

‘Ready’ Untuk Kahwin, Dayang Nurfaizah Mohon Doa Yang Terbaik – “Cakap Soal Jodoh Ni Susah, Kadang Dia Ada Depan Mata”

“Bukan sekarang je, saya umur 18 tahun pun orang dah tanya dan sampai sekarang orang masih tanya soalan yang sama”.

Demikian respons penyanyi popular, Dayang Nurfaizah selepas ditanya mengenai calon jodohnya, apabila ada yang mengaitkan penampilannya yang semakin anggun dengan dakwaan kononnya dia kini dalam fasa mahu menamatkan zaman bujang.

Menurut Dayang atau nama sebenarnya, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, dia tidak menolak jodoh sekiranya ia datang dalam waktu terdekat memandangkan usianya kini sudah menginjak 42 tahun.

Namun, dia berharap teman hidupnya itu nanti biarlah seorang yang memahami dan serasi dengannya.

“Siapa cakap tak teringin cuma jodoh belum sampai. Tapi saya berharap peminat-peminat doakan sebab kita pun tak tahu kan jodoh tu di tangan Tuhan tapi yang penting bukan saya tak nak, nak! Kalau boleh besok pun nak tapi itulah, mudah-mudahan di pertemukan dengan jodoh yang baik.

“Saya percaya kepada jodoh mungkin bukan masanya. Inshaa-Allah just doakan yang terbaik untuk saya, please,” katanya.

Ketika ditanya adakah menolak sekiranya berjodoh dalam kalangan peminat, Dayang bagaimanapun menjelaskan, perkara itu adalah aturan Tuhan.

“Susah nak cakap, kadang ia di depan mata. Kita tengoklah. Sebab karier saya nak kena cari yang memahami dan keserasian itu yang penting. Sebab kita tak tahu. Lagipun susah kita nak cakap. 

“Bagi saya, saya tidak pernah menetapkan nak yang macam mana, let it flow… tengok macam mana. 

“Saya dah biasa, bukan sekarang je. Saya baru 18 tahun pun orang dah tanya bila nak kahwin sampai sekarang pun macam tu. Just doakan yang terbaik untuk saya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dayang menjelaskan penampilannya yang semakin kurus disebabkan dia kini lebih menjaga pemakanan termasuklah melakukan beberapa senaman.

“Semakin kita berusia kita akan faham apa yang sesuai dengan kita termasuklah pemakanan dan sebagainya. itu sahaja. 

“Semakin berusia ni nak tak nak kita kena jaga pemakanan dan saya cuba dari segi exercise sebab kita punya karier menuntut untuk kita menjaga penampilan  dan itu yang saya cuba selagi mampu,”ujarnya.

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Mon, 30 Jan 2023
Hiburan Mon, 22 Jul 2024
Hiburan Fri, 28 Feb 2025

Nadzmi Adhwa Jawab Dakwaan Dah Bercerai

Nadzmi Adhwa akui bimbang dengan penyakit ain antara punca privasi tentang rumah tangga

Hiburan Tue, 16 Jul 2019

Radhi OAG- Ayu Cerai Talak Satu

Hakim Syarie Husaini Roslin memutuskan demikian selepas mendapati lafaz yang diucapkan Radhi terhadap Ayu pada 25 Mac lalu adalah sah dan mengikut syarak

Hiburan Mon, 12 Jan 2026

Mimi Lana Akui Diri Tak Sempurna, Fokus Berdamai Dengan Keadaan

Mimi Lana menegaskan dia mahu untuk menjalani kehidupan dengan tenang dan menjauhkan diri daripada persekitaran yang dianggap toksik

Featured Fri, 10 Oct 2025

Gara-Gara Tinggal Komen Sokong ZRA, Namron & Fazura Dikritik… Respons Namron: “Saya Tak Tunggang Agama, Isu Mahupun Orang”

Tindakan Namron & Fazura itu ternyata mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Trending Mon, 18 May 2020
error: Content is protected !!