Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 16, 2025 @ 1:41pm

Bawa 40 Pemuzik Dari Jakarta, ‘Malam Mendengar’ Nadin Amizah Angkat Elemen ‘Circus’ Indah & Menenangkan

Penyanyi dan penulis lagu Indonesia yang terkenal dengan kepekaan seni dan lirik puitis, Nadin Amizah, sekali lagi mencuri perhatian peminat di Malaysia apabila hadir menghidupkan malam penuh emosi dan magis menerusi konsert bertemakan ‘Malam Mendengar’ yang berlangsung pada malam ini di Zepp Kuala Lumpur, anjuran Rencana Idea.

Lebih istimewa, Nadin membawa bersama 40 pemuzik profesional dari Jakarta mempersembahkan susunan muzik orkestra yang digarap indah, sekaligus membuktikan dedikasinya yang tinggi dalam memberikan pengalaman akustik yang bukan sekadar hiburan, tetapi satu bentuk seni persembahan yang menyentuh jiwa.

Mengaku sedikit gementar mengulang kejayaan konsertnya pada tahun 2023, remaja berusia 24 tahun ini berharap konsert ‘Malam Mendengar’ sukses dan berjalan lancar.

“Sangat nervous, setiap kali datang ke Malaysia saya selalu membawakan sesuatu yang besar.

“Pada 2023 lalu membawakan konsert Selamat Ulang Tahun di Zepp juga dan pastinya setiap kali pulang saya mahu mengulang semula ‘kejayaan’.

“Kalau di Indonesia selalunya konsert berjalan lancar tapi bagi saya ‘sukses’ itu lancar acaranya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadin Amizah (@cakecaine)

Mengulas mengenai pemilihan orkestra pula,  anak kelahiran Jawa Barat, Indonesia ini menjelaskan, beraksi di atas pentas dengan bantuan pemuzik orkestra merupakan impiannya.

Malah, konsert ‘Malam Mendengar’ kali ini juga sedikit berbeza kerana ia mengangkat elemen ‘circus’ yang indah dan menenangkan melibatkan 40 orang pemuzik kesemuanya.

“Meskipun orkestra nya tidak full, saya meminta untuk arrangement orkestranya tidaklah yang massive tapi masih dalam elemen ‘Circus’ yang indah dan menenangkan.

“Jadi, kenapa orkestra? Sebab ia adalah impian saya.

“Kelainannya kali ini juga adalah pertama kali saya membawakan orkestra dan ia melibatkan 40 orang pemuzik dari Jakarta.

“Dan, saya tahu meskipun saya tahu tidak mudah untuk membawa seramai itu, namun semuanya berjalan lancar.

“Ini mungkin kali kedua saya perform menggunakan orkestra di Jakarta tapi di Malaysia ia pertama kali,” kongsinya.

Pemilik nama sebenar Nadin Amizah Harahap ini berkata demikian ketika di temui pada sidang media konsert “Malam Mendengar” bersama Nadin Amizah yang diadakan di Zepp, Kuala Lumpur pada Khamis.

Tidak menolak kemungkinan peminat lebih serasi memilih rendisi muzik asal berbanding orkestra, Nadin menjelaskan ia adalah salah satu cara untuk memberikan kelainan dalam persembahannya dan pastinya ia juga lebih istimewa.

“Betul, saya sebelum ini juga menerima banyak sekali lagu yang akan saya bawakan di depan penonton Malaysia. Kalau dulu saya bawakan lagu Selamat Ulang Tahun arrangementnya memang berbeza tapi kali ini full orkestra.

“Menurut saya, itu alasan kalau saya sudah datang ke Malaysia, saya pasti akan datang lagi. Tapi yang pastinya orkestra ini jauh lebih istimewa tentunya,” ujarnya.

Sekadar info, Nadin bakal mendendangkan lebih 10 buah lagu yang dipetik dari album Selamat Ulang Tahun (2020), Untuk Dunia, Cinta, Dan Kotornya (2023) dan album EP nya berjudul Kalah Bertaruh (2021).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Mar 2020
Hiburan Tue, 13 Jun 2023
Trending Sat, 21 Apr 2018

Zul Ariffin Kongsi Gambar ‘Anu’ Di Instagram?

Pelakon yang tak habis-habis dengan kontroversi ini akhirnya sekali lagi bakal diajukan soalan-soalan panas apabila telah berkongsi gambar kemaluannya di instagram

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Siti Elizad Masih Bahagia?

Sebagai peminat lebih elok jika kita doakan yang baik-baik sahaja

Featured Wed, 14 Aug 2024

Foto Mesra Berpelukan Pelakon Lelaki Popular Tular, Siap Hantar Mesej ‘I Miss You’, ‘Baby’… Individu Wanita Dakwa Kena Tipu?

Siapakah agaknya gerangan pelakon lelaki popular yang namanya semakin meningkat naik tu👀🧐

Hiburan Tue, 2 Apr 2019
Featured Wed, 17 Aug 2022
Featured Sun, 21 Mar 2021

Bila Boleh Rentas Negeri? Ini 6 Faktor Penilaian Risiko Oleh KKM

Bulan Ramadan dan Syawal bakal menjelang tiba dan pastinya ramai yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman. Walaupun sekatan rentas negeri masih belum dibenarkan di antara kawasan hijau, namun adalah tidak mustahil untuk orang […]

error: Content is protected !!