Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 8, 2025 @ 8:05pm

Media Prima Terus Tempa Nama Di Peringkat Asia Menerusi Asian Academy Creative Awards 2025!

Tahniah diucapkan kepada Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) atas kejayaan di peringkat kebangsaan (National Winner) di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2025 menerusi tiga kategori: Best Original Production by a Streamer (Fiction) dengan drama BRU (Tonton), Best Lifestyle Programme melalui Click To Health Season 4 (8TV), dan Best Animation menerusi Ejen Ali The Movie 2 (Primeworks Studios & WAU Animation). Kejayaan ini melayakkan Media Prima dan barisan rakan pengkarya kreatif bersaing bersama wakil terbaik Asia Pasifik di Grand Awards dan Gala Finals yang bakal berlangsung di Capitol Theatre, Singapura pada 3 & 4 Disember 2025.

Drama BRU karya Nik Amir Mustapha (Lumatic Films Sdn Bhd) diumumkan sebagai pemenang kategori Best Original Production by a Streamer (Fiction) di Asian Academy Creative Awards 2025. Dibarisi pelakon hebat tanah air, drama ini menampilkan Shukri Yahaya sebagai Shah, seorang lelaki yang obses dengan kopi dan kejayaan, di samping Siti Hariesa yang membawa watak Hani, seorang barista berbakat dan anak kepada seorang hartawan yang mendambakan kebebasan dalam mencipta perisa kopi. Turut menyerlah ialah Amerul Affendi sebagai Ajan, sahabat setia yang menganggap Shah seperti adiknya sendiri, menjadikan BRU sebuah karya penuh emosi, cita-cita dan persahabatan yang dekat di hati penonton.

Anugerah Best Lifestyle Programme dimenangi oleh 8TV menerusi Click To Health Season 4. Program yang dihoskan oleh Desmond Tey ini membawa penonton menerokai isu kesihatan secara menyeluruh dengan memberi tumpuan kepada topik-topik semasa serta pendedahan tentang pelbagai kaedah perubatan moden. Menariknya, penggambaran rancangan ini bukan sahaja berlangsung di bilik pemeriksaan, malah turut merangkumi bilik pembedahan dan bilik kecemasan bagi memberikan perspektif yang lebih mendalam serta realistik kepada penonton.

Anugerah Best Animation dimenangi oleh Primeworks Studios dan WAU Animation menerusi filem Ejen Ali The Movie 2, arahan Usamah Zaid Yasin (WAU Animation Sdn. Bhd.). Filem penuh aksi animasi mempesona dan meledakkan emosi ini meneruskan perjuangan watak Ali dalam misi berisiko tinggi di bawah program elit SATRIA. Sekuel ini mendapat sambutan luar biasa dengan kutipan pecah panggung melebihi RM62.5 juta di pawagam Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Kemboja dan Thailand, sekali gus menjadikan EATM2 sebagai filem animasi nombor satu di Malaysia dengan memecahkan rekod sebelumnya serta mengatasi semua karya animasi tempatan dan antarabangsa yang pernah ditayangkan di tanah air. Lebih membanggakan, filem ini juga mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila dicalonkan dalam kategori Best Animated Film di Silk Road International Film Festival ke-12 di China baru-baru ini.

Media Prima kekal komited untuk terus menyajikan kandungan yang berkualiti, inovatif, serta setanding dengan program antarabangsa, sekali gus mengangkat nama Malaysia di persada dunia. Tahniah sekali lagi kepada semua yang telah berjaya mengangkat MPTN ke peringkat antarabangsa. Untuk mengetahui siapakah yang bakal membawa pulang trofi berprestij, nantikan Malam Gala Anugerah Asian Academy Creative Awards 2025 yang akan berlangsung di Capitol Theatre, Singapura pada 3 & 4 Disember 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 14 Feb 2019
Featured Fri, 18 Apr 2025

“Ia Berlaku Pada Pagi Hari Raya” – Suami Kesal, Zahnita Bawa Lelaki Tak Dikenali Masuk Dalam Rumah?

Dia meluahkan rasa terkejut dan kecewa apabila Zahnita didakwa membawa seorang lelaki ke rumah mereka

Selebriti Wed, 29 Nov 2023

Yasin Sulaiman Dibebas & Dilepas Daripada 3 Pertuduhan Dadah, Mahkamah Perintah Dimasukkan Ke Hospital Bahagia

Hakim telah memerintahkan Yasin untuk ditempatkan di bawah penjagaan selamat di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama tempoh yang diperkenankan oleh Sultan Selangor.

Hiburan Tue, 30 Oct 2018

许冠杰与谭咏麟马来西亚站采用四面台!演唱会门票1108开卖

香港殿堂级歌手许冠杰与谭咏麟吉隆坡演唱会,门票将在11月8日,上午11时起, 全面公开发售!

Trending Thu, 13 Jun 2019

你没散光!这棵怪树真的长这样

你没散光!这棵怪树「旭日紫荆」真的就长这样……

Hiburan Wed, 17 Sep 2025
error: Content is protected !!