Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 5, 2025 @ 7:18pm

PTTI Salur RM100,000 Bantu Anak Muar Hadapi SPM, Syed Saddiq Mahu Semua Pelajar Dapat Peluang Sama Rata

Pusat Tuisyen PTTI menyerahkan tajaan pendidikan bernilai RM100,000 kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi membantu pelajar kurang berkemampuan di kawasan parlimen itu, khususnya dalam menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sumbangan tersebut diserahkan dalam majlis Roadtour Skor A+ SPM PTTI yang berlangsung di IDCC Shah Alam pada Rabu, dan bakal memberi manfaat kepada pelajar menerusi akses kepada kelas tuisyen secara dalam talian serta pelbagai kemudahan pembelajaran lain.

Menurut Saddiq, tajaan itu adalah satu bentuk pelaburan masa depan yang sangat bermakna buat pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

“Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cikgu Farhana dan pasukan PTTI atas sumbangan besar ini. Pendidikan adalah kunci masa depan anak-anak kita. Namun, tidak semua mampu mengikuti kelas tuisyen berkualiti.

“PTTI sendiri mempunyai rekod cemerlang dalam membantu pelajar mencapai keputusan terbaik,” katanya.

Saddiq turut memaklumkan, sebanyak RM20,000 daripada jumlah tajaan itu yang disalurkan terus kepada beliau akan digunakan untuk membeli komputer riba dan tablet sebagai persiapan Aidiladha, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan mencecah RM120,000.

“Saya berdoa agar usaha murni PTTI ini terus menjadi penyumbang utama dalam meningkatkan martabat pendidikan negara,” katanya lagi.

Tambah beliau, usaha sebegini penting dalam memecahkan kitaran kemiskinan serta mengurangkan jurang pencapaian akademik antara pelajar bandar dan luar bandar.

“Ramai pelajar di kawasan pedalaman seperti Sungai Balang tidak berpeluang mengikuti kelas tuisyen fizikal disebabkan kekangan lokasi dan kewangan. Inisiatif sebegini membolehkan mereka mengejar semula pelajaran yang tertinggal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Farhana berkata, pihaknya komited untuk terus membantu pelajar dalam subjek kritikal seperti Matematik, Fizik dan Kimia.

“Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pendidikan, kami telah membantu lebih 800,000 pelajar. Malah, pada SPM 2024 lalu, seramai 400 pelajar berjaya meraih keputusan semua A hasil bimbingan kami.

“Kami percaya, melalui teknik dan formula pembelajaran yang diguna pakai di PTTI, lebih ramai pelajar boleh dibimbing ke arah kecemerlangan,” katanya.

Majlis Roadtour Skor A+ SPM PTTI kali ini menyaksikan kehadiran hampir 4,000 calon SPM dari seluruh negara yang mendapat bimbingan secara bersemuka daripada tenaga pengajar berpengalaman PTTI.

Acara tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa figura popular termasuk Syed Saddiq dan selebriti Bella Astillah yang tampil memberikan motivasi serta berkongsi pengalaman kehidupan sebagai inspirasi buat pelajar.

Turut hadir memeriahkan program ialah artis-artis terkenal seperti MK K-Clique, Iman Troye, Zaki Yamani, Nabila Razali, Space Dollah, Asyraf Khalid dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Apr 2022
Featured Sat, 12 Aug 2023
Trending Mon, 7 Oct 2024

Ini Perfume Yang Wajib Korang Ada Sekali Spray, Terus Wangi 3 Hari!

Siapa yang tak boleh keluar rumah tanpa spray perfume atau wangian di keseluruhan badan terlebih dahulu? Haa.. Mesti ramai macam ini kan? Bukan apa rasa keyakinan diri auto meningkat bila dah wangi tu. Tapi, kadang-kadang […]

Hiburan Mon, 23 Sep 2019
Featured Fri, 13 May 2022

Malaysia Kutuk Sekeras-Kerasnya Pembunuhan Wartawan Shireen Abu Akleh

Ini bukanlah kali pertama wartawan terkorban ketika melaporkan berita di bumi Palestin♥

Featured Tue, 12 Aug 2025
Hiburan Sun, 9 Dec 2018

#AnggunLife : Ika Nabella Seronok Jadi Tokey Sambal

Setakat ini Ika sudah hasilkan tiga jenis sambal iaitu sambal Hitam, Merah dan Hijau. Tahniah Ika!

Featured Mon, 24 Feb 2025

Penyanyi Sambilan Dipercayai Mati Dib*nuh Teman Lelaki

Polis menemukan mayat wanita yang berlumuran darah di atas katil,

Featured Wed, 3 May 2023

Selepas Didakwa Sengaja Tayang Aset, Fiza Halim Tampil Bersuara – “Dah Lali Kena Kecam, Lebih Bersemangat!”

What doesn’t kill you makes you stronger bak kata Kelly Clarkson 🤪🤣😌

error: Content is protected !!