Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 22, 2025 @ 3:24pm

[VIDEO] Amelia Henderson Mengaku Tak Boleh Buka Hati, Zulin Aziz Beri Nasihat Padu – “Kita Tak Akan Jumpa Lelaki Sempurna”

Pelakon dan pengacara terkenal, Amelia Henderson, secara terbuka mengakui bahawa pintu hatinya masih tertutup buat masa ini.

Dalam sesi podcast Studio Sembang, Amelia, atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson, menyedari perkara itu selepas aktres Zulin Aziz membangkitkan persoalan mengenai kepentingan berkenalan dengan orang baharu.

“Penting ke untuk kenal orang baru? Orang baru itu sekadar hi bye cukup. Saya percaya awak penuh dengan kasih sayang dalam kehidupan awak.

“29 tahun awak dah hidup dengan orang yang sama, dah cukup bahagia. Orang baru bukannya cinta hati kita tetapi dalam masa sama kita kena buka ruang untuk orang lain. Jadi tanya balik diri sendiri, untuk apa kenal orang baru?” soalnya.

Amelia yang bersetuju dengan pandangan tersebut tidak menafikan bahawa dia pernah memikirkan soal ini, namun jauh di sudut hatinya, dia masih belum bersedia.

“Sebenarnya betul juga, dah cukup dah orang dalam hidup saya. Tetapi itulah masalahnya, sejujurnya saya tak boleh nak buka hati saya. Contoh la saya tengah berfikir (hubungan) tetapi akhirnya saya tak mahu,” katanya.

Mendengar pengakuan itu, Zulin membalas dengan mengingatkan bahawa segala yang berkaitan dengan hati adalah ketentuan Allah SWT.

Zulin turut berkongsi pengalaman peribadinya, di mana dia pernah menegaskan tidak mahu berbaik dengan suaminya, namun akhirnya mereka kembali bersama dan saling memaafkan.

“Amy kena ingat hati Allah pegang. Dia tahu masa paling tepat. Amy tengah cakap yang awak tak nak adalah waktu itu awak belum lagi jumpa jodoh. Percayalah.

“Ketika jodoh tu dah sampai, mulut awak dah tukar lah. Awak akan cakap eh saya nak kahwin lah. Berhenti cakap macam tu. Walaupun awak ni manusia berprinsip. Tapi hati ni tetap Allah pegang.

“Samalah macam saya, sebelum ni cakap tak nak berbaik dengan dia (suami). Tetapi kami tetap berbaik, maafkan satu sama lain,” katanya.

Di penghujung video yang disunting untuk platform TikTok, Zulin sempat memberi pesanan bahawa manusia tidak akan pernah terlepas daripada ujian Allah SWT.

“Setiap kali buka hati kita itu kena tahu risiko, jangan fikir bahagia. Ini termasuk dalam setiap hubungan. Hidup ini penuh ujian.

“Kahwin ada pasang surutnya, kalau awak sangka buka hati akan bahagia selamanya, salah. Tak akan jumpa dengan lelaki sempurna,” katanya.

Sebelum ini, Amelia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Aedy Ashraf, namun hubungan mereka tidak berkekalan apabila masing-masing dilihat membawa haluan sendiri.

 

@imyourdaisyyy

” Hati ni Allah pegang. Allah tahu masa paling tepat. ” Love this, Zulin 🤍 #studiosembang #ameliahenderson #zulinaziz

♬ Piano melody that lives in your heart forever(1030829) – naopapa

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 1 Feb 2018

JONGHYUN’S ALBUM “POET | ARTIST” MAKES IT INTO BILLBOARD TOP 200!

SHINee’s Kim Jonghyun has made his Billboard 200 debut with his posthumous album Poet | Artist!

Trending Tue, 14 Dec 2021

Kehangatan Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) Semakin Terasa!

Peminat-peminat tegar drama tempatan pastinya berdebar-debar untuk menyaksikan drama mana yang bakal bergelar Drama Popular dan Drama Terbaik pada tahun ini. Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) anjuran TV3 ini, julung kali diadakan dan bakal […]

Trending Tue, 23 Jun 2020

Sekolah Boleh Ubahsuai Keperluan Asalkan Patuh SOP

Buat pihak sekolah dan guru-guru.

Hiburan Sun, 12 May 2019

Cabaran Bersaing Dengan BBNU, Dazrin Sanggup Tolak Nasi!

Alhamdulillah dengan saiz tubuh sekarang, saya menerima banyak tawaran berlakon.

Kes Mahkamah Thu, 4 Apr 2024
error: Content is protected !!