Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 16, 2023 @ 6:48pm

Bertemakan Kisah Cinta, Imaginur Angkat Elemen Romantik Sains Fiksyen

‘Gadis Dalam Mimpi, Bertemu Di Alam Realiti’.

Itulah tema filem terbaharu dari pengarah terkenal, Nik Amir Mustapha menerusi filem terbaharunya berjudul Imaginur.

Menurut Nik Amir, filem yang disuntik dengan elemen romantik scifi ini disulam dengan elemen hipnosis untuk menjadikan jalan ceritanya lebih menarik ditambah pula dengan kehadiran pelakon hebat seperti, Beto Kusyairi dan Diana Danielle sebagai teraju utama.

“Imaginur sebuah kisah cinta, mengisahkan tentang seorang lelaki yang mimpikan seorang gadis, kemudian setelah melalui proses hipnosis, tiba-tiba dapat berjumpa di alam realiti.

“Bolehkah kita dipukau untuk bercinta? Saya terinspirasi dengan soalan itu dan berhasrat membuat satu ‘snapshot’ kehidupan orang Malaysia yang bertemakan cinta dan keluarga yang dipakej bersama elemen hipnosis,” katanya.

Meminati minda manusia yang kompleks, Nik Amir mengakui, ia adalah idea dalam mempersembahkan Imaginur sebagai karya ketiganya selepas KIL dan Terbaik Dari Langit.

“Sebenarnya, idea untuk menghasilkan filem ni sudah ada sejak sebelum saya mengarahkan filem pertama iaitu KIL. 

“Akhirnya, saya berganding dengan Redza Minhat untuk menulis sebuah filem bertema cinta, hipnosis dan kehidupan. Setelah lama tak buat filem, saya rasa nak buat comeback dengan idea original saya dulu maka terhasillah Imaginur,” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai pemilihan pelakon, Nik Amir memberitahu, dia sangat yakin terhadap Beto dan Diana kerana kedua-duanya mampu membawakan watak dengan baik.

“Umum mengetahui Beto merupakan seorang pelakon yang mampu menjiwai apa sahaja watak. Malah, dia berhasil memberikan komitmen lebih dari 100 peratus untuk watak Zuhal.

“Mengenai Diana pula, saya tertarik dengan kebijaksanaannya apabila pertama kali berbincang mengenai filem ini. Saya rasa dia memang cukup sesuai untuk membawakan watak Nur, seorang gadis yang penuh misteri,” ujarnya.

Bagaimanapun selaku pengarah dan penerbit, dia juga tidak terlepas dari berdepan cabaran termasuklah faktor kewangan dan faktor pandemik yang membuatkan penggambaran tergendala seketika.

 

Namun, hasil kerja keras akhirnya Imaginur dapat dihasilkan dan yang menariknya, plot penceritaan yang penuh misteri menjadikan Imaginur antara filem wajib tonton di pawagam berdekatan nanti.

“Sebagai syarikat kerdil, cabaran terbesar memang dari segi kewangan dan Lumatic Films mengambil masa yang lama untuk mengumpul dana yang cukup dan akhirnya dengan bantuan pihak FINAS juga, maka kami berjaya menyiapkan Imaginur. 

“Pembikinan juga tergendala sangat lama kerana terjejas pandemik, tetapi kami gunakan masa itu untuk memperhalusi filem ini sebaiknya. Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus, filem ini berjaya disiapkan.

Walaupun Imaginur bukanlah sebuah filem blokbuster, saya harap cerita seperti ini mendapat sambutan masyarakat dan dapat bermain dengan perasaan penonton.

“Kami cuba menghidangkan sesuatu yang alternatif dari segi plot dan penyampaian dengan harapan lebih cerita seperti ini dapat dibikin dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia,” ujarnya.

Filem ‘Imaginur’ akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 23 Februari 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 16 Jun 2020

KFC Benarkan Semula Makan Di Restoran

Berita baik untuk untuk penggemar makanan segera KFC! Perkhidmatan makan di premis atau dine-in kini sudah dibuka semula di semua restorannya di seluruh negara. So senang lah nak makan KFC lepas ini kan? KFC menjelaskan […]

Hiburan Fri, 29 Aug 2025

Hanger A & F Timbulkan Spekulasi… Amira Othman Nafi Kahwin Dalam Masa Terdekat, Video Busana Pengantin Hanya ‘Marketing’

Amira Othman tidak mengetahui tentang huruf A & F yang tertera pada penyangkut baju sehingga video tersebut tular di media sosial.

Trending Tue, 7 Apr 2020

“Saya Tahu Ucapan Saya Jadi Lagu Rap, Kayuh Basikal Dalam Rumah Dan Trend Pakai Baju Kelawar Isteri” PM Akui Ianya Luar Biasa!

Rakyat Malaysia teruja dengan ucapan PM kali ni! Kalau semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat berseloroh dalam ucapannya mengenai aktiviti yang dilakukan oleh rakyat Malaysia sepanjang tempoh PKP. Malah, PM juga sempat memberitahu […]

Featured Tue, 23 Feb 2021

Bantuan One-Off RM 500 Buat 4 Golongan Ini Bermula 22 Februari

Menerusi Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Kerajaan mengumumkan bantuan kewangan one-off sebanyak RM500 ringgit kepada pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e- hailing, bagi meringankan beban mereka.⠀ ⠀ Menurut […]

Hiburan Tue, 19 May 2026

Single ‘Berdiri’ Bawa Kisah Kekuatan, Athierah Tampil Dengan Buah Tangan Pertama

Penyanyi baharu Athierah kini tampil mempertaruhkan single sulung berjudul Berdiri.

Hiburan Thu, 19 Mar 2026

Fad, Ajak, Elly, Cik Piah, Chiwan, Kai, Irsyad & DJ Lin Meriahkan Syawal Dengan ‘Gurindam Aidilfitri’

Fad, Ajak, Elly, Cik Piah, Chiwan, Kai, Irsyad dan DJ Lin berganding suara

Trending Mon, 7 Feb 2022

Netizen Dakwa Masuk Kristian Selepas Nikahi Mat Salih, Ini Respons Sharifah Sakinah

Pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan kad perakuan memeluk agama Islam milik suaminya, Michael Hansen. Sakinah memuat naik foto kad yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor itu menerusi kemas kini terbaharu di laman Instagram miliknya. “Kami […]

error: Content is protected !!