Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari September 15, 2022 @ 8:10pm

Masuk Hospital Akibat Demam Panas, Mimi Lana Rasa Bersalah Tidak Dapat Hadir ‘Shooting’ – “Doktor Suspek Saya Kena…”

Baru-baru ini, pelakon Mimi Lana memaklumkan tentang keadaan kesihatannya yang merosot dan terpaksa dimasukkan ke hospital.

Menerusi hantaran di Insta Storynya, Mimi berkongsi bahawa dia sudah berasa tidak sihat sejak dua tiga hari lepas dan suhu badannya tiba-tiba naik pada Rabu lalu.

“Dua tiga hari ni saya memang rasa tak sedap badan dan pagi ini suhu badan saya naik tiba-tiba. Saya rasa sejuk sampai menggigil,” katanya.

Jelasnya, apa yang lebih merisaukannya adalah jika dijangkiti Covid-19 atau Influenza namun luah rasa syukur apabila disahkan hanya demam panas.

“Saya sangat risau, covid ke influenza ke… dan doktor suspek saya kena demam denggi ekoran simptom yang dialami dan suhu badan tinggi pagi ini.

“Tapi nasib baik tak ada apa cuma demam panas,” jelas Mimi.

Walaupun begitu, Mimi meluahkan bahawa dia rasa bersalah kerana dia sepatutnya berada di set penggambaran hari ini.

Tambahnya, ini pengalaman pertamanya dimasukkan ke hospital ketika sedang melakukan sesi penggambaran.

“Saya betul betul rasa bersalah sebab saya patut ada di set penggambaran hari ini. Ini pertama kali saya dimasukkan ke hospital ketika saya tengah penggambaran.

“Doakan saya cepat sembuh dan boleh kembali ke set seperti biasa ya,” luah Mimi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Feb 2024
Events Thu, 14 Nov 2019

The 2019 E! People’s Choice Awards Complete Winners List

Congratulations to the winners! You all deserve it!

Hiburan Wed, 21 Nov 2018

17 Tahun Berpisah, Datuk Dan Nenek Eina Azman Berkahwin Semula

Alhamdulillah ….. Kalau dah jodoh tak kemana kan?

Hiburan Fri, 5 Dec 2025

Single ‘Bila Kau Datang Menangis’ Didakwa Tiru Lagu ‘Beetlebum’ Kumpulan Blur, DUKES Beri Penjelasan

Betul ke lagu Bila Kau Datang Menangis nyanyian DUKES tiru lagu kumpulan Blur yang berjudul Beetlebum?

Trending Tue, 17 Jul 2018

No More GST but SST to Make Comeback

The Sales and Service Tax will be back soon.

Hiburan Thu, 18 Jan 2024
error: Content is protected !!