Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari December 31, 2023 @ 1:33pm

Dalam Masa 48 Jam, ‘Tabung Bantulah Fiza’ Capai Sasaran, Terima Kasih Rakyat Malaysia!

Tabung Bantulah Fiza yang dilancarkan oleh Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) untuk membantu wartawan hiburan yang meninggal dunia di Hospital Caring Call, London, Siti Nor Hafiza Kamarudin,40, mencecah RM40,585.34.

Presidennya Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin berkata, sumbangan sudah disalurkan terus ke akaun suami Allahyarham, Mohd Roshdi Ramli, 40, yang kini berada di sana.

“Kami sangat bersyukur, hanya dalam masa 48 jam selepas dilancarkan, tabung Bantulah Fiza berjaya mencapai sasaran kutipan yang diperlukan bagi kos membawa pulang jenazah ke tanah air.

“Penderma adalah terdiri dalam kalangan rakan media, rakan-rakan artis dan orang ramai. Mereka ini bersama-sama memberi sumbangan sebagai tanda prihatin dan turut berdukacita atas pemergian arwah yang sebelum ini banyak memberi sumbangan kepada dunia penulisan seni dan hiburan tanah air.

“Seluruh keluarga WHAM merakamkan berbanyak terima kasih di atas keprihatinan semua. Setelah sasaran mencukupi, tabung Bantulah Fiza yang dianjurkan oleh WHAM ditutup,” katanya.

Menurutnya, pihak keluarga masih menunggu dokumen kematian daripada pihak hospital bagi proses membawa pulang jenazah.

“Suami arwah ada memaklumkan kepada saya mungkin pada Selasa atau Rabu depan, baru dokumen kematian dikeluarkan.

“Memandangkan ketika ini ramai petugas sedang bercuti bagi sambutan Krismas, urusan mendapatkan dokumen kematian akan mengambil sedikit masa. Selepas dokumen kematian diperolehi, ia akan disusuli urusan dengan pihak syarikat pengurusan jenazah di sana, diikuti urusan dengan syarikat penerbangan bagi membawa jenazah ke Malaysia,” katanya.

Jelasnya lagi, kerjasama daripada pihak Kedutaan Malaysia di London dan sahabat media di sana menjadikan segala urusan Allahyarham dan keluarganya berjalan dengan baik.

“Suami dan dua anak arwah yang kini masih berada di London juga mendapat bantuan daripada pelbagai pihak, termasuk Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan pengawai media beliau juga berjaya mendapatkan tajaan penginapan sementara untuk keluarga arwah di sana, sementara menanti penerbangan pulang ke tanah air yang dijangka hanya dapat dilakukan pada minggu depan,” katanya.

Untuk makluman, Fiza adalah pengarang portal Boom Malaysia sebelum ini pernah berkhidmat dengan beberapa syarikat media antaranya Sinar Harian, RTM dan portal Astro Gempak.

Dia yang juga pengidap kanser payudara koma di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow beberapa jam sebelum penerbangan pulang ke Malaysia selepas percutian yang ditaja, bersama keluarga.

Dia kemudian dimasukkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia pada pukul 11.30 malam (waktu Malaysia).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Sep 2022

Justin Bieber Batal Konsert Jelajah Dunia

Semoga cepat sembuh Justin! Jangan sedih-sedih tau semua.

Hiburan Sun, 15 Feb 2026

“Karya Komedi Romantik Masih Ada Peminat” – Tam Suhaimi

Tam Suhaimi berkongsi pandangan mengenai genre komedi romantik yang semakin jarang diketengahkan di layar perak.

Trending Mon, 6 Jul 2020
Featured Thu, 21 May 2026

Aznil Nawawi Buka Tabung Kutip Dana Buat Adrian Adam – “100 Peratus Bertujuan Untuk Perubatan & Saraan”

Pak Nil prihatin dengan nasib yang menimpa anak Amyza Aznan, Adrian Adam.

Hiburan Mon, 18 May 2026

Amar Baharin Terkilan Terpaksa Cukur Bersih Atas Komitmen Penggambaran… Risau Ibadah Korban Tak Diterima

Amar Baharin mengakui berasa terkilan apabila terpaksa tampil dengan wajah bersih tanpa janggut sepanjang 10 hari awal Zulhijjah susulan komitmen penggambaran

Featured Mon, 13 Jan 2025

Tulang Selangka Retak, Syamel Diarah Rehat 2 Minggu

Syamel bagaimanapun bersyukur tiada kecederaan serius dialami.

Trending Tue, 3 Sep 2019

Kesiannya Banduan Dalam Kesakitan Dibiar Bersalin Sendirian

Staf Penjara Didakwa Hanya Tinjau Dari Luar Sel , Kenapa Kejamnya!!

error: Content is protected !!