Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 9, 2023 @ 6:00pm

3 Tahun Menyepi, Adlin Aman Ramlie Ubati Kerinduan Peminat Dalam Filem Coast Guard

Lebih tiga tahun menyepikan diri, pelakon berkaliber, Adlin Aman Ramlie menanti peluang untuk beraksi dalam filem genre aksi, sekali gus mengubat kerinduan peminat di persada perfileman tanah air.

Adlin, 50, berkata, dia juga terima tawaran untuk berlakon dalam filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang itu kerana tertarik dengan naskhah filem genre aksi unit beruniform itu.

“Sebenarnya, ada beberapa sebab saya terima tawaran berlakon dalam filem ini.

“Saya juga sudah kenal lama dengan pengarah, Allahyarham Pitt Hanif sejak zaman 1990-an lagi ketika arwah belajar di Akademi Filem, manakala saya pula di Akademi Seni Kebangsaan.

“Saya percaya arwah Pitt juga yang mencadangkan nama saya kepada penerbit untuk membintangi filem ini.

“Saya rindu mahu kembali berlakon, jadi terima tawaran kerana memberi sokongan pada rakan dalam industri perfileman tempatan.

“Justeru, bila dapat tawaran buat filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang ini yang juga genre aksi beruniform, saya terus tertarik kerana ia genre berbeza dan tak pernah buat sebelum ini,” katanya.

Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang terbitan Flying Deals Sdn Bhd dan Arie Zaharie Production dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) itu menampilkan gandingan dua aktor dan aktres popular Saharul Ridzwan dan Julia Farhana Marin selaku teraju utama.

Selain Adlin, filem ini dimantapkan lagi dengan penampilan barisan pelakon seperti Datuk Fizz Fairuz, Sabri Yunus, Kodi Rasheed, Gambit Saifullah, Aziz M Osman, Sherie Merlis, Wanna Ali, Jaja Iliyes, Aman Nassim, Hafiz Nafiah, Yuznor, Azlan Komeng, Hushairi Husain, Akmal Ahmad, Eqy Affandi, Iman Zulkarnain dan Trisha Ooi.

Berkongsi mengenai watak, kata Adlin, dia melakonkan watak antagonis iaitu Samat yang juga ketua penjenayah dalam filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang itu.

“Watak Samat adalah ketua yang menjalankan misi dan memberi arahan kerana ketua nombor satu adalah Sabri Yunus. Filem ini menampilkan babak aksi pergaduhan yang penonton tidak pernah tengok saya lakonkan sebelum ini.

“Saya juga tidak merujuk sesiapa untuk melakonkan watak Samat, sebaliknya ia mengikut idea dan kreativiti sendiri.

“Saya hanya menonjolkan karakter Samat seorang yang dinamik dan ada pesona dan energinya. Gaya saya berlakon memang konsisten dari dulu sampai kini,” katanya.

Filem edaran Metrowealth International Group dan disokong Primeworks Studios (PWS), Media Prima Berhad (MPB). Ia mula menjengah pawagam seluruh negara termasuk ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam sejak 2 Februari lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 Oct 2025

JAIP Sahkan Kamal Adli, Uqasha Senrose Bernikah 4 November 2021 Mengikut Hukum Syarak

Bapa pengantin perempuan telah mewakilkan (wakalah wali) kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan

Hiburan Sun, 25 Aug 2019
Hiburan Thu, 15 Aug 2019

AIM中文音乐颁奖典礼耀眼回归!明年1月4日Menara PGRM举办

《AIM中文音乐颁奖典礼》耀眼回归,2020年1月4日(星期六)晚上8时,在Menara PGRM举办。

Trending Sun, 24 Apr 2022

Laporan PAC Mengenai Perolehan MySejahtera Dibentang Julai Ini

Perolehan Mysejahtera dibentang Julai ini

Featured Fri, 10 Jun 2022

Didakwa Sengaja Ingin Populariti & Ambil Kesempatan, ‘Kembar’ Arwah Siti Sarah Tampil Beri Penjelasan

Dia tak minta pun nak wajah mirip dengan Allahyarham Siti Sarah.. Semua ni kan kuasa Allah SWT. Yang mengecam pun lahaiii 😌🤔

Hiburan Thu, 13 Apr 2023
Hiburan Wed, 7 Feb 2024
Hiburan Sat, 10 May 2025
error: Content is protected !!