Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin May 10, 2025 @ 11:07am

Menanti Zuriat Berbelas Tahun, Achey Sebak Isteri Terpaksa Potong Tiub Fallopian- “Kalau Lewat Saya Akan Kehilangan Dia”

“Isteri saya sebenarnya terpaksa potong tiub fallopian bukan satu tetapi keduanya. Sebab satu tersumbat dan satu lagi membengkak”.

Demikian pendedahan pelawak Achey apabila memaklumkan isterinya, Nur Hasanah Yahaya terpaksa memotong kedua belah tiub fallopiannya menyebabkan dia sukar untuk hamil.

Menurut Achey, berita itu diterimanya ketika sedang menyertai pusingan separuh akhir sebuah program lawak sekaligus menjadikan momen tersebut amat mencabar dan beremosi untuknya.

Meskipun dia dan isteri telah mencuba pelbagai kaedah dan mengikuti saranan pakar termasuk menjaga pemakanan dan menjalani prosedur kesuburan, mereka akhirnya memilih untuk reda dengan ketentuan Tuhan dek kerana keputusan untuk menjalani pembedahan itu dibuat atas faktor keselamatan dan nyawa.

Katanya, jika prosedur tersebut tidak dilakukan segera, dia mungkin akan kehilangan isterinya buat selama-lamanya.

“Ini saya kongsi eksklusif di sini sahaja, keperitan yang kami lalui pada mulanya kami buat IVF  dan IUI kita buat semua. Ikut prosedur, jaga makan dan sebagainya. Sampai satu tahap adalah malam semi final saya di sebuah program lawak, isteri saya dimasukkan ke hospital disebabkan kita dapat berita sebab dia mengadu sakit dekat dia punya rahim.

“Orang ingat isteri saya memang buat IVF, tapi sebenarnya itu adalah planning yang kedua. Dan bila kita jumpa pakar sakit puan, kita faham bila semua orang kata pergi berurut dan sebagainya dan hari itu juga kami terpaksa menerima berita itu untuk selama-lamanya.

“Isteri saya sebenarnya terpaksa potong tiub fallopian bukan satu tetapi keduanya. Sebab satu tersumbat dan satu lagi membengkak.

“Dan kalau saya tak buat secepat mungkin, isteri saya berkemungkinan akan meninggal dunia. Jadi, kita buat dan isteri saya juga sudah reda. Masa tu dia minta maaf dekat saya sebab tak dapat bagi zuriat. Tapi saya kata banyak cara lagi. Tapi isteri saya ni memang sangat power.

“Dia sempat cakap sebelum pembedahan minta maaf tak dapat beri zuriat, kalau pembedahan dia tak berjaya anggap itu adalah perjuangan dia.

 

Dalam perkongsian sama juga, Achey menegaskan dia tidak mahu sesiapa pun di luar sana menyentuh atau memperlekehkan isterinya.

Jelasnya, isterinya itu telah melalui pelbagai pengorbanan besar demi menyokong perjalanan kariernya dalam industri seni termasuk pernah bekerja sebagai tukang cuci dan menggadaikan cincin perkahwinan mereka demi kelangsungan hidup.

“Sebab tu bila orang tanya aku ‘manjakan isteri’  apa semua sebab dia dah lalui apa yang kami dah lalui. Susah Senang, bergadai semua.

“Kalau anda cakap bagi orang rumah gelang emas apa semua sebab dia cincin kahwin pun dia gadai untuk aku. Dia pernah jadi cleaner untuk aku survive dalam industri. Faham tak?

“Jadi, tolong kalau netizen dekat luar sana, kalau anda mengata pasal isteri saya, pakai gelang emas dan sebagainya itu adalah reward untuk dia. Apa yang dia lalui dan dia tetap yakin dengan suami dia. Yang dia sendiri tidak tahu akan datang saya ni jadi apa.

“Jadi, saya tak kisah pun kalau orang cakap pasal zuriat, atau orang rumah saya cakap pasal gemuk sangat dan sebagainya, saya tak kisah pun rupa bentuk dia. Saya tak kisah badan dia macam mana atau situasi akan datang.. dia adalah dia. Tetap dia.

“Saya menempuh dengan keadaan berbelas tahun tanpa seorang cahaya mata dan hadirnya seorang cahaya mata (Tiara) yang menghiburkan sekarang. Berbelas tahun, dengan macam mana saya nak terima apa yang berlaku semua. Itu pun menyeramkan. Macam mak cik-mak cik aku semua,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 Dec 2023

Muat Naik Video Penghargaan, Patimah Ismail Anggap Puteri Sarah Isteri & Ibu Bertanggungjawab

Satu je min boleh cakap Datin memang contoh mak mentua terbaik!❤️❤️❤️

Hiburan Sat, 11 Aug 2018

Naik Angin Di Twitter, Pelakon Filem Pulang Minta Maaf

Individu berkenaan tiba-tiba menyentuh mengenai otot (biceps) dan jambang yang jelas tidak ada kaitan dengan lakonan saya dalam filem Pulang. Hurm… siapa yang tak naik angin kan?

Featured Fri, 1 Nov 2024

Uqasha Senrose Nafi Rumah Tangga Bergolak, Hanya Gaduh Manja Dengan Kamal Adli

Kita doakan yang baik-baik. Mungkin peminat terlebih ambik berat ni❤️✌️

Featured Wed, 14 Dec 2022
Hiburan Tue, 27 Aug 2024

Nampak ‘Baby Bump’, Neelofa Hamil Anak Ketiga? – “Macam Baru Je Lahirkan Abbas”

Wahhhh, kalau betul Alhamdulillah rezeki Neelofa & PU Riz

Featured Sat, 26 Jul 2025

[VIDEO] Nabil Aqil, Daniel Fong Tepis Dakwaan Aktor Badan Berbau

Spontan sahaja Nabil Aqil tepis dakwaan badan berbau

Hiburan Wed, 3 Jul 2019

‘Kes Cerai Tiada Kena Mengena Dengan Maya Karin’ -Nik Nazmi

Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung dakwaan yang mengaitkan pelakon Maya Karin dengan kes penceraiannya.

Trending Tue, 28 Aug 2018

Here’s Why Things Aren’t Going Well For Manchester United

Here’s a hint; there’s something to do with who’s managing them.

Hiburan Wed, 11 Oct 2023

‘Tak Apa’ – Hadiah Mya Herry Buat Mereka Yang Putus Cinta

Lagu ni sangat sesuai menjadi peneman mereka yang sedang galau.

error: Content is protected !!