Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 4, 2022 @ 6:02pm

Netizen Bandingkan Alunan Siti Nurhaliza Mengaji Dengan Zizi Kirana, Imran Ajmain Tegur – “Tak Perlu Compare”

Penyanyi Imran Ajmain memberikan respons apabila ada segelintir netizen yang membandingkan cara penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengaji.

Video yang dimuat naik di TikTok itu memaparkan Siti yang sedang mengaji Surah Luqman, ayat ke-14 secara langsung dalam satu program televisyen terkenal.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, terdapat segelintir netizen yang bertindak untuk membandingkan alunan mengaji Siti itu dengan penyanyi rap, Zizi Kirana sehingga telah mencetuskan perbalahan.

“Zizi Kirana lebih baik,” tulis seorang pengguna TikTok yang seakan menggunakan akaun palsu itu.

Memberikan respons ringkas komen netizen yang seakan membandingkan, pelantun lagu Seribu Tahun itu membalas komen terbabit.

“Tak payahlah compare,” balas Imran.

Menerusi video tersebut, Siti turut memohon maaf terlebih dahulu sekiranya terdapat bacaannya yang salah.

@dagulekuk

#sitinurhaliza #fypシ #foryoupage #masukberanda #ramadan2022🤲 #ramadan2022🙏 #ramadan2022 #salamramadan @toktitiktok

♬ original sound – Si Dagu Lekuk – Si Dagu Lekuk

Namun, komen terbabit turut mengundang amarah netizen lain yang menyifatkan tindakan berkenaan tidak wajar.

Menerusi ruangan komen video tersebut, ramai dalam kalangan netizen terpegun dan memuji suara merdu alunan mengaji Siti.

Biasalah, kalau dah namanya penyanyi tersohor, sudah pasti mengaji pun sedap didengar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 6 Dec 2022
Trending Tue, 9 Jan 2024
Featured Tue, 23 Nov 2021

Makin Sado! Netizen Kagum Dengan Perubahan Badan Anak Norman Hakim & Abby Abadi

Putera sulung kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, Mohamed Danish Hakim telah menarik perhatian orang ramai dengan perubahan fizikal badannya. Baru-baru ini, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon telah memuat naik perkongsian di […]

Featured Tue, 25 Jun 2024

Pelakon Kamal Bakar Meninggal Dunia

Moga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-fatihah🥀

Hiburan Sat, 21 Jul 2018

Wohooo, OAG Kembali ‘Mengganas’

Bajet sendiri, pengurusan sendiri, OAG belajar untuk menguruskan jadual sendiri tanpa bantuan pengurusan mana-mana label. Semoga album mini 02 Orang berhasil, yeay kami tak sabar!

Events Tue, 30 Oct 2018
Trending Tue, 16 Oct 2018

Yay! Isteri Putera Harry, Meghan Markle Disahkan Mengandung!

Dia akan menjadi pewaris takhta Britain yang ke-7.

Hiburan Thu, 5 Oct 2023
Hiburan Mon, 26 Jun 2023

“Saya Serious” – Kasih Iris Leona Cari Boyfriend, Tapi Ramai Pula Wanita Nak Cuba?

Ehhhh, ghisau! 🤣 Leona cari boyfriend tu guys boleh la cuba apply 😜

error: Content is protected !!