Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi May 24, 2023 @ 8:30pm

Wow! Impian Ernie Zakri Hiasi New York Times Square Jadi Kenyataan – “Salah Satu Kejayaan Terbesar Saya”

Kejayaan demi kejayaan yang diraih penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri dalam karier nyanyiannya pada tahun ini.

Terkini, Ernie mencipta magisnya tersendiri apabila wajahnya menghiasi papan iklan digital gergasi di New York Times Square, Amerika Syarikat (AS).

Menurut pelantun lagu Astana itu, dia meluahkan rasa gembira apabila impian setiap penyanyi itu menjadi nyata sekali gus membanggakan negara.

“Semestinya, saya sangat gembira dengan berita ini. Alhamdulillah, ia sememangnya salah satu kejayaan terbesar dalam kerjaya saya sebagai seorang penyanyi solo.

“Saya tak pernah terbayang yang satu hari nanti wajah saya akan terpampang di papan iklan digital New York Times Square yang memang dikenali seluruh dunia.

“Mimpi boleh menjadi kenyataan jika kita bekerja dengan bijak. Banyak yang telah saya pelajari,” ujar Ernie teruja.

Bersedia untuk mengorak langkah lebih jauh, pemenang Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23) itu mempunyai banyak perancangan pada tahun ini.

““Saya bercadang untuk menghasilkan lebih banyak lagu dan juga mungkin sebuah album pada hujung tahun ini.

“Banyak yang sudah saya rancangkan jadi tolong doakan semuanya dimudahkan,

“Dulu saya fikir bekerja keras adalah kunci segalanya, tapi kini setelah bergelar ibu dan isteri saya mengerti bahawa saya perlu bekerja dengan bijak jika ingin mengecapi keseimbangan dalam hidup dan kerjaya.”

“Akhirnya, penguat semangat dan pendorong saya adalah keluarga tercinta,” kongsinya. 

Penampilan Ernie pada papan iklan digital tersebut adalah sebagai wakil penyanyi Malaysia dalam kempen Equal oleh wadah penstriman muzik digital, Spotify.

Equal merupakan program anjuran Spotify yang memperjuangkan kesamaan dalam mengetengahkan artis wanita dari seluruh dunia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Mar 2025

Hilang Beg Berjenama Mewah, Zarina Anjoulie Sedia Tawar Ganjaran Bernilai RM2,500

Zarina Anjoulie memaklumkan, dia telah kehilangan sebuah beg tangan berjenama mewah antarabangsa, Prada, pada pagi Jumaat.

Hiburan Thu, 23 Oct 2025
Trending Thu, 10 Mar 2022

“Orang Tanya Bila Saya Nak Meminang Dia?” – Hanya Kawan, Alha Alfa Tak Kekok Dikaitkan Dengan Zara Zya

Usahawan selebriti, Datuk Seri Alha Alfa, 34, mengakui dia sudah lama menjalin persahabatan dengan pelakon Zara Zya. Menurut jurusolek popular ini, dia sendiri tidak tahu bagaimana gosip hubungan mereka boleh tercetus dan mendapat perhatian netizen. […]

Trending Tue, 17 Apr 2018

Is HERSHEY’S a Korean Pop Music Fan?

Their latest chocolate bar packaging is making people believe that they could be KPOP fans.

Featured Wed, 14 Aug 2024
Hiburan Tue, 28 Nov 2023

Elizabeth Tan Masih Berjumpa Pakar Psikiatri & Makan Ubat, Rancang Kembali Menyanyi Tahun Depan

Kesihatan perlu diutamakan okay! Semoga urusan Lizzy dipermudahkan

error: Content is protected !!